Nama Saintifik:
Famili:
Nama Biasa:
Nama lain:
Lokasi dijumpai:
Keterangan
Pokok kenerak merupakan sejenis pokok renek yang boleh ditemui dihutan dan belukar yang agak tebal. Bunganya berbau sangat wangi, berwarna kuning keputihan ketika mula kembang dan akan berubah menjadi kuning. Daunnya agak besar dan lebar berukuran lebih kurang 20 cm panjang dan 7 cm lebar. Ia boleh membiak melalui biji benih dan keratan batang.
Kegunaan
Secara tradisinya kenerak digunakan dalam perubatan melayu untuk merawat penyakit seperti barah rahim. Ia juga digunakan sebagai penjarak kehamilan dan tonik selepas bersalin. Secara saintifik ia terbukti merupakan tumbuhan yang mempunyai ciri anti kanser (kulit batangnya). Styrylpyrone derivative (SPD) ialah ialah bahan aktif yang diekstrak dari kenerak. Ia terbukti dapat menyeimbangkan pertumbuhan sel kanser (kanser payudara) dengan cara meningkatkan kematian sel barah. SPD dijangka akan berada dipasaran pada tahun 2005. Kajian terhadap kenerak dan SPD yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari UKM telah memenangi Pingat Emas dalam pertandingan ciptaan dan teknik baru yang berlangsung di
1 comment:
woi marli,
ni pokok mende ni..
aku tak pernah dengar pun..
ni pokok KENERAK atau KENERAKA ni..
bahayo nih.. kehkehkeh
Post a Comment