VIDEOKU


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Saturday, May 31, 2008

KENERAK










Nama Saintifik: Goniothalamus Umbrosus

Famili: Annonaceae

Nama Biasa: Kenerak

Nama lain: Selukai, selukai putih

Lokasi dijumpai: Tumbuhan liar

Keterangan

Pokok kenerak merupakan sejenis pokok renek yang boleh ditemui dihutan dan belukar yang agak tebal. Bunganya berbau sangat wangi, berwarna kuning keputihan ketika mula kembang dan akan berubah menjadi kuning. Daunnya agak besar dan lebar berukuran lebih kurang 20 cm panjang dan 7 cm lebar. Ia boleh membiak melalui biji benih dan keratan batang.

Kegunaan

Secara tradisinya kenerak digunakan dalam perubatan melayu untuk merawat penyakit seperti barah rahim. Ia juga digunakan sebagai penjarak kehamilan dan tonik selepas bersalin. Secara saintifik ia terbukti merupakan tumbuhan yang mempunyai ciri anti kanser (kulit batangnya). Styrylpyrone derivative (SPD) ialah ialah bahan aktif yang diekstrak dari kenerak. Ia terbukti dapat menyeimbangkan pertumbuhan sel kanser (kanser payudara) dengan cara meningkatkan kematian sel barah. SPD dijangka akan berada dipasaran pada tahun 2005. Kajian terhadap kenerak dan SPD yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari UKM telah memenangi Pingat Emas dalam pertandingan ciptaan dan teknik baru yang berlangsung di Geneva switzerland pada tahun 2000.

GANDAR RUSA










Nama Saintifik: Justicia Gendarussa linn

Famili: Acanthaceae

Nama Biasa: Gandarusa

Nama lain: Daun rusa(melayu), bo gu dan(cina),gendarussa(english)

Lokasi dijumpai: Tumbuhan meliar dan tanaman hiasan

Keterangan

Tumbuhan ini boleh dijumpai tumbuh liar di kawasan semak pada ketinggian 1-500 meter dari aras laut. Ia tumbuh tegak dan boleh mencapai ketinggian hingga 2 meter. Panjang daunnya lebih kura 5-20 cm dan daunnya dari jenis daun tunggal. Dua jenis gandarusa biasa dijumpai dan dibezakan oleh warna batangnya. Ada yang berwarna hitam dan ada yang berwarna hijau. Pokok berbatang hitam lebih popular sebagai ubat dari yang berbatang hijau.

Kegunaan

Ia biasa digunakan untuk mengubat lebam akibat pukulan, tulang patah, rheumatik dan bisul. cara penggunaannya ,untuk tulang patah daunnya yang segar atau kering dikisar hingga lumat dan dicampur cuka untuk ditampal pada bahagian yang luka dengan syarat tulang telah berada pada kedudukannya yang betul. Untuk rheumatik 15-30 g daunnya yang segar direbus hingga mendidih dan airnya diminum. Untuk lebam pula daunnya dilayurkan pada api hingga layu dan ditampal pada bahagian yang lebam. Ia juga boleh digunakan untuk menurunkan panas badan, menyembuhkan lumpuh otot muka (selalunya disebabkan oleh minor stroke),sakit kepala, mata dan telinga. Amaran: Tidak boleh digunakan oleh wanita hamil.

HEMPEDU BUMI






Nama Saintifik: Andrographis Paniculata

Famili: Acanthaceae

Nama Biasa: Hempedu bumi

Nama lain: Akar cerita, sambilata,nivalembu,king of bitter, maha tita

Lokasi dijumpai: Malaysia, Thailand, India, Indonesia

Keterangan

Pokok Hempedu bumi juga dikenali sebagai pokok akar cerita. Pokok Hempedu bumi banyak dijumpai di India, Thailand dan paling senang di jumpai di tanah gambut. Hempedu bumi merupakan satu tumbuhan herba semusim yang tumbuh menegak. Tingginya boleh mencapai 60-70 cm. Daun Hempedu bumi berwarna hijau pekat, licin dan tersusun secara bersilang. Daun Hempedu bumi juga mempunyai bentuk bujur, runcing di hujung dan nipis di pangkal.

Kegunaan

Daun hempedu bumi ini boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi di samping merawat kencing manis. Cara menjadikannya ubat ialah merebus daun tersebut untuk mengambil airnya supaya boleh diminum. Daun ini juga boleh merawat luka dengan cara menumbuk lumat daun tersebut dan letakkannya pada luka tersebut. Kandungan bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan molekul- molekul lemak yang ada disekeliling salur darah yang tersumbat yang menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat. Air rebusan daun ini yang pahit telah merangsangnya supaya memecahkan molekul lemak. Memang suatu yang tidak boleh dinafikan bahawa rasa pahit, kelat dan masam agar sukar dipisahkan dengan alam perubatan herba tempatan. Tetapi rasa sebegitu sememangnya tidak begitu menarik minat sebahagian besar masyarakat kita. Mereka lebih gemar kepada rasa manis dan masin. Pengambilan rasa manis dan masin yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit tertentu. Tetapi jika diseimbangkan pengambilan perasa-perasa itu adalah baik untuk kesihatan. Antara herba yang mempunyai rasa pahit adalah pokok hempedu bumi (nama saintifiknya adalah Andrographis Paniculata) ataupun sesetengah orang memanggilnya sebagai akar cerita. Pokok herba ini agak senang dicari kerana ia tumbuh di sekitar rumah, longkang ataupun kawasan semak samun yang terbiar. Mungkin ia tumbuh di kawasan sedemikian, maka sebahagian besar masyarakat hari ini kurang mengetahui khasiatnya yang agak popular bagi tumbuhan ini adalah untuk merawat penyakit darah tinggi dan juga demam. Malah, tumbuhan ini juga sesuai untuk merawat kesan gigitan serangga. Cara yang paling mudah adalah ambil beberapa helai daunnya dan hancurkan. Sapulah di tempat yang terkena gigitan serangga itu. Tetapi ia lebih popular dalam merawat penyakit darah tinggi dan demam. Cara yang sering diamalkan adalah kita perlu mengambil beberapa helai daunnya dan bersihkan terlebih dahulu. Kemudian rendam daun-daun itu dalam segelas air panas dan biarkan sehingga air panas itu menjadi suam. Selepas itu, minumlah perlahan-lahan. Rasanya agak pahit, khususnya bagi mereka yang pertama kali meminumnya. Tetapi harus ingat, sebagaimana tumbuhan herba yang lain janganlah minum kerap sangat dalam sehari. Cukup untuk minum sekali sehari.

KACANG TELANG









Nama Saintifik: Clitoria ternatea

Famili: Kekacang

Nama Biasa: Kacang telang

Nama lain: Butterfly pea, blue pea

Lokasi dijumpai: Tumbuhan meliar

Keterangan

Kacang telang atau nama saintifiknya clitoria ternatea dari famili Fabaceae juga dikenali dengan nama butterfly pea, blue pea. Di kelantan ia juga dikenali dengan nama bunga nasi kerabu kerana ia boleh digunakan untuk mewarnakan nasi kerabu menjadi biru. Tumbuhan ini akan membiak subur dalam medium yang agak lembap (tanah yang mempunyai kandungan humus yang tinggi) dan tanah perlu lembab sepanjang masa. Ia memerlukan cahaya matahari yang secukupnya untuk membesar. Tumbuhan ini boleh membiak dengan cara keratan batang atau biji. Sifatnya yang menjalar menjadikannya sesuai untuk tanaman pada trailis ataupun sebagai tanaman untuk pasu gantung. Bunganya yang berwarna ungu kebiruan akan mekar sepanjang tahun. Untuk menyemainya, biji benih direndam dalam air selama 3 hingga 4 jam sebelum disemai dalam tanah. Selalunya benih akan mula bercambah selepas 7 hingga 14 hari. Untuk keratan batang pula semai dalam pasir yang lembap dan pastikan airnya mencukupi. Tumbuhan ini perlu selalu dipangkas (dipotong rantingnya) untuk memastikan pertumbuhan ranting baru tidak terbantut.

Kegunaan

Kacang telang telah dipercayai turun-temurun berkhasiat untuk melebat dang menghitamkan rambut. Ia juga mengilatkan rambut dan juga dapat menyuburkan kulit kepala. Selain daripada itu kepercayaan yang tidak dapat dibuktikan secara saintifik adalah untuk mengelakkan keguguran batangnya dililitkan pada pinggang perempuan hamil. Daunnya dan bunganya juga dikatakan dapat mengurangkan sakit kepala. Caranya, daun atau bunganya dimasukkan dalam kain hingga membentuk bantal dan digunakan untuk tidur oleh pesakit. Bunganya juga boleh direndam dalam air panas dan diminum seperti teh untuk mengurangkan sakit akibat ulcer mulut. Ia juga dapat merawat insomnia.

CEKUR









Nama Saintifik: Kaempferia galangal

Famili: Zingiberaeceae

Nama Biasa: Cekur

Nama lain: Kencur

Lokasi dijumpai: Di pinggir hutan

Keterangan

Sejenis herba dan tumbuh melebar di atas tanah. Daun licin, berbentuk tirus, tersusun padat dlm pasangan yang bertentangan. Hujung daun runcing, lebih kurang 16cm panjang, 8 cm lebar. Daunnya mempunyai sedikit aroma. Cekur tidak berbatang, mengeluarkan bunga berwarna putih-ungu. Akar/rizomnya bercabang-cabang, beraroma dan isinya berwarna kuning oren. Cekur bukan bahan penting dalam masakan orang Malaysia tetapi berperanan besar dalam masakan Indonesia, Thailand, Vietnam dan India.

Kegunaan

Di Asia Tenggara, rizom cekur dicampurkan dengan lada sulah, kayu manis dan madu untuk mengubati selsema. Ia dijadikan tonik untuk mengubati batuk kering dan bronchitis. Cekur juga dijadikan losyen untuk merawat sakit mata, sakit tekak, bengkak, demam, sakit dan sengal tulang. Untuk wanita baru bersalin, cekur mengucupkan rahim dan menggalakkan pembuangan angin. Di Indonesia, akar cekur digunakan untuk merawat keracunan makanan, ulser mulut, batuk dan selsema. Akar cekur yang dikunyah dan ditelan boleh membuat seseorang itu khayal. Di India, wangian daripada cekur digunakan untuk melindungi pakaian daripada serangga. Di Filipina, air rebusan akar cekur digunakan untuk merawat sakit perut disebabkan pencernaan makanan yang kurang baik. Air rebusan turut digunakan untuk membasuh rambut bagi mengatasi masalah kelemumur dan menghilangkan rasa gatal dan pedih akibat digigit ulat bulu. Di Thailand, cekur digunakan untuk merawat sakit kepala.

SENDUDUK







Nama Saintifik: Melastoma malabathricum

Famili: Melastomataceae

Nama Biasa: Senduduk

Nama lain: Keduduk,senggani,Straits Rhododendron

Lokasi dijumpai: Semak dan belukar

Keterangan

Pokok renek ini biasa dijumpai dibelukar dan semak yang tidak terlalu tebal. Tinggi purata pokok senduduk ialah 1 m namun ia boleh mencapai ketinggian hingga 3 m. Batangnya berwarna kemerahan dan dilitupi oleh bulu-bulu halus. Sama seperti batang daun dan buahnya juga dilitupi bulu ini. Bunganya cantik dan mempunyai 5 kelopak dengan stamen berwarna kuning ditengah-tengahnya. Bunga senduduk yang paling biasa dijumpai berwarna ungu gelap hingga ke merah jambu dan putih. Jenis berwarna putih ialah jenis yang paling jarang dijumpai tumbuh liar. Selalunya ia ditanam untuk tujuan perubatan. Bijinya berwarna hitam dan mempunyai sedikit rasa pahit dan manis dan ia boleh dimakan. Apabila dimakan ia boleh meninggalkan warna hitam pada mulut dan dari sinilah senduduk mendapat nama botaninya melastoma yang bermaksud mulut hitam dalam bahasa greek. Pucuknya boleh dijadikan ulam dengan dimakan mentah atau direbus. Ia mempunyai rasa yang agak masam kelat. Warna dari buahnya dijadikan pewarna kain disesetengah tempat sepeti di Thailand. Daunnya boleh dijadikan makanan untuk ulat sutera seperti daun kertau dan mulberi juga.Buahnya menjadi makanan kegemaran burung.

Kegunaan

Perubatan tradisional banyak menggunakan senduduk sebagai tumbuhan untuk mengembalikan kecergasan badan terutamanya selepas bersalin. Daun senduduk bersama daun mengkudu, serai wangi, pandan dan limau purut dicampur bersama air panas dan dijadikan rempah untuk mandi selepas bersalin, selalunya selama 3 pagi selepas bersalin. Daunnya yang tua dan gugur kebumi akan bertukar warna menjadi merah muda. Daun ini ditumbuk dan air tapisannya diminum untuk menyembuhkan luka dalaman selepas bersalin. Sesiapa yang pernah terkena bisa ulat bulu pasti tahu betapa sakitnya bisa itu. Daun senduduk boleh juga di gunakan untuk merawat bisa ini dengan cara menumbuk daunnya yang matang dan gugur kebumi dalam keadaan telungkup dan ditampal pada bahagian yang terkena ulat bulu tadi. Selain daripada itu senduduk juga boleh digunakan untuk merawat cirit birit, najisk berdarah dan buasir dengan cara meminum air rebusan daunnya. Pes daunnya yang ditumbuk juga boleh menghilangkan parut akibat pelentong/bertih/cacar air.

Wednesday, May 28, 2008

KELUARGA BAHAGIA




















Tanggal 4 . Jun . 2005 aku dan suami telah diijabkabulkan di Masjid Penghulu Him, Sungai Petani. Kini bermula la.. episod menjadi sepasang suami isteri yang sah. Aku dan suamiku mengharungi saat-saat bahagia, sentiasa bertolak ansur dan sabar. Genap 9 bulan, tanggal 31.3.2006 aku melahirkan seorang bayi perempuan yang comel, diberi namanya Nuradriana Batrisyia. Anakku dilahirkan di Pusat Rawatan Islam, Kuala Lumpur."Tidak ada seorang pun yang tahu selain Allah betapa gembiranya aku dengan pembahagiaan ini". Inilah hadiah buat aku dan suamiku. Sekarang hidup aku dan suami begitu bertambah ceria...dengan adanya anakku ini sebagai hiburan aku dan suami selesai penat bekerja. Inilah sebuah keluarga bahagia yang ku impikan selama ini....