VIDEOKU


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Friday, June 13, 2008

Batrisyia bersama layang-layangnya..

Sepetang di Pantai Batu Buruk...bermain layang-layang sambil menghirup udara segar... Aku ingin berkongsi satu cerita...sebelum sampai di pantai ini aku bersama keluarga menikmati Air Buah Gelas besar di Gong Badak...di sana ramai pengunjungnya kerana musim Sukan Sukma di Terengganu.. Aku ingin menikmati Laksam Terengganu lalu aku memesannya..Lantas tiba la sepinggan Laksam Terengganu terhidang di depanku...Setelah aku menikmati Laksam ini...alangkah sedihnya kerana ulam-ulamnya diganti dengan hanya hiasan taugeh dan kobis... Ke manakah hilangnya herba-herba di Malaysia ini sehingga ditaburi hanya dengan taugeh yang buncit bersama kobis bulat yang dicincang...Cis..tercabar aku, betapa pemalasnya penjual yang menjual Laksam ini kepada pengunjung dari luar Terengganu yang datang untuk menikmati Laksam Terengganu Asli yang sepatutnya disulami dengan ulam-ulaman Malaysia seperti daun kemangi,chenohom,bunga kantan...terdiri dari herba-herba yang kaya di muka bumi Malaysia...persoalannya ke mana menghilangnya herba-herba Malaysia..betapa lemak, harum dan wanginya herba-herba ini...

Sehari di Masjid Kristal