VIDEOKU


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Saturday, May 31, 2008

KACANG TELANG









Nama Saintifik: Clitoria ternatea

Famili: Kekacang

Nama Biasa: Kacang telang

Nama lain: Butterfly pea, blue pea

Lokasi dijumpai: Tumbuhan meliar

Keterangan

Kacang telang atau nama saintifiknya clitoria ternatea dari famili Fabaceae juga dikenali dengan nama butterfly pea, blue pea. Di kelantan ia juga dikenali dengan nama bunga nasi kerabu kerana ia boleh digunakan untuk mewarnakan nasi kerabu menjadi biru. Tumbuhan ini akan membiak subur dalam medium yang agak lembap (tanah yang mempunyai kandungan humus yang tinggi) dan tanah perlu lembab sepanjang masa. Ia memerlukan cahaya matahari yang secukupnya untuk membesar. Tumbuhan ini boleh membiak dengan cara keratan batang atau biji. Sifatnya yang menjalar menjadikannya sesuai untuk tanaman pada trailis ataupun sebagai tanaman untuk pasu gantung. Bunganya yang berwarna ungu kebiruan akan mekar sepanjang tahun. Untuk menyemainya, biji benih direndam dalam air selama 3 hingga 4 jam sebelum disemai dalam tanah. Selalunya benih akan mula bercambah selepas 7 hingga 14 hari. Untuk keratan batang pula semai dalam pasir yang lembap dan pastikan airnya mencukupi. Tumbuhan ini perlu selalu dipangkas (dipotong rantingnya) untuk memastikan pertumbuhan ranting baru tidak terbantut.

Kegunaan

Kacang telang telah dipercayai turun-temurun berkhasiat untuk melebat dang menghitamkan rambut. Ia juga mengilatkan rambut dan juga dapat menyuburkan kulit kepala. Selain daripada itu kepercayaan yang tidak dapat dibuktikan secara saintifik adalah untuk mengelakkan keguguran batangnya dililitkan pada pinggang perempuan hamil. Daunnya dan bunganya juga dikatakan dapat mengurangkan sakit kepala. Caranya, daun atau bunganya dimasukkan dalam kain hingga membentuk bantal dan digunakan untuk tidur oleh pesakit. Bunganya juga boleh direndam dalam air panas dan diminum seperti teh untuk mengurangkan sakit akibat ulcer mulut. Ia juga dapat merawat insomnia.

No comments: