VIDEOKU


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Saturday, April 25, 2009

AKTIVITI DI UNIT HAIWAN KESAYANGAN 25.4.2009

Selesai saja unit beruniform..aku membawa batrisyia ke unit haiwan kesayangan...terus dia menjerit wonder pets x2 kami datang...dia sangat la suka bila melihat kura-kura besar di dalam kolam...arnab,hamster,burung,ikan keli dan ayam hutan.
Terus aku melakukan aktivtiku secara sukarela dengan mencuci najis-najis si arnab ni...bukannya apa memang aku suka main dengan haiwan2 ni..kasihan...nanti berpenyakit pula...terdapat beberapa orang pelajar lelaki yang berasa geli bila disuruh membuang najis-najis arnab ni...maklum la budak bandar...inilah yang cikgu-cikgu perlu tekankan kepada mereka ini...


Kolam penternakan ikan keli




Inilah dia si lucky...setiap hari mesti aku pergi bermain kejap dengannya...cute..






Wonder Pets x2 apa yang penting kerjasama...betul juga......

Roselle

Pagi tadi selepas selesai aktiviti kokurikulum, anak aku tertarik melihat buah roselle yang mekar membesar di tepi kaki lima bengkel KH...Lantas aku memetik buah roselle yang agak berwarna merah kehitaman untuk ku berikan batrisyia merasanya...pertama kali aku melihat biji bunga roselle yang terlindung oleh kaliks-kaliksnya (kelopak)...Aku memetik lagi 5 kuntum bunganya untuk dibuat jus nanti...


Orang tempatan kita mengelarnya asam raya atau asam susur. Terdiri dari keluarga Malvacea. Tumbuhan berbunga merah dengan nama saintifik Hibiscus sabdariffa L.dipercayai berasal dari Afrika Barat tetapi ada yang mendakwa ia berasal dari India.


Ia mengandungi kandungan vitamin C( asid askorbik ) yang tinggi iaitu sebanyak 260-280 miligram(mg) bagi setiap 100gram(g) kaliks kering.

Selain itu,setiap 100g kaliks segar mengandungi 2.85 ug vitamin D, 0.04 mg vitamin B1, 0.06 vitamin B2 dan 0.05 mg vitamin B2 kompleks.

Pokok mula berbunga pada pada usia 45 hingga 60 hari selepas ditanam dan sekuntum bunga akan keluar pada setiap ketiak daun.

Buah roselle berwarna merah gelap dan akan matang pada umur 35 hari selepas bunga kembang.

Setiap buah akan mengandungi lima kaliks dan bercantum bersama di bahagian bawah bunga.

Roselle hidup subur di tanah mineral dan tanah bris dan penanaman di tanah bris memerlukan pengairan dan pembajaan yang baik.

Friday, April 24, 2009

Mengenal pasti gejala kekurangan unsur nutrien utama



Hasil kerja berkumpulan pelajar 4 A..tahniah semua



Bergambar dengan pelajar2...


Tanda-tanda : tepi daun kelihatan seperti terbakar, daun tua mengalami tanda nekrosis (tisu mati)


Tanda-tanda : daun berwarna hijau tua dgn kehadiran warna kemerahan atau ungu pada daun dan petiol(tangkai)


Klorosis (kekuningan) semua bahagian, bermula pada daun tua


(sumber gambar oleh pelajar wen sern) tq

Amali menentukan tekstur tanah melalui cara mendapan

objektif tercapai...akhirnya siap eksperimen ini bagi 2 buah kelas 4K dan 4A

Hasil pemerhatian eksperimen pelajar smkbbsl kelas tekstur tanah yang diperolehi ialah loam tanah liat berpasir :sampel tanah kebun mini buah-buahan, loam tanah liat : sampel tanah tanaman padi, loam : sampel tanaman rozel, loam berkelodak : sampel tanaman kacang panjang



inilah dia.. silinder penyukat yang telah dipecahkan oleh pelajar 4A Gan Pai kai (jangan cuai ye)...kemudian mereka menampal semula guna loy tape...akhirnya ianya pecah juga setelah pelajar 4k si Ah Chun mencucinya lalu luka berdarah tangan pelajarku....kenangan semasa praktikal....hehe...ini baru namanya belajar.......belajar melalui kesilapan





Suasana pembelajaran semasa menjalankan amali di makmal pertanian

link blog pelajar http://twsfreedomwen.blogspot.com/