VIDEOKU


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Friday, November 14, 2008

Amali Buat BONSai















Kenangan bersama Dr Phebe Ding semasa belajar Bonsai....best tau
















Tanaman Industri : Kelapa Sawit & Getah

Kenangan bersama Prof.Dr. S. Awadz

Kenangan di Cameron Highlands



Tuesday, November 11, 2008

FERTIGASI


















Fertigasi (fertigation) berasal daripada perkataan “fertilizer” dan “Irrigation”. Definasi Fertigasi adalah satu kaedah penanaman yang mana pemberian baja yang lengkap kepada tanaman diberikan dalam bentuk larutan dan disalurkan ke zon akar melalui sistem pengairan titis.

Fertigasi adalah salah satu daripada cabang hidroponik yang antara lainnya ialah seperti Sistem Titis Mikro, Hidroponik Aliran Dalam, Hidroponik Aliran Cetek, Hidroponik statik, Aeroponik dan Pemercik Mikro.

Beberapa media digunakan bagi tujuan menggantikan fungsi tanah seperti cocopeat, sekam padi, rootwool, perlite, zeolite dan juga vermiculate dalam kaedah tanaman fertigasi. Cocopeat dan sekam padi digunakan secara meluas kerana harganya murah, ringan, berkualiti dan mudah digunakan.

Pokok ditanam di dalam bekas atau polibeg yang mengandungi media bukan tanah yang sesuai. Media yang biasa digunakan adalah sekam bakar dan sabut proses (ratio 50:50) yang mempunyai pH 6.5 - 6.8. Pembajaan yang diberikan mengikut formulasi baja yang tertentu bergantung kepada jenis tanaman.

Selain itu, tanaman kebiasaannya ditanam di tapak penanaman yang mempunyai struktur pelindung hujan dan serangga.

Kaedah Fertigasi ini bertujuan untuk mengelakkan serangan penyakit akar yang disebabkan oleh serangga kulat seperti pythium, fusarium, rhizoton dan juga penyakit serangan bakteria yang berpunca daripada tanah.

Kaedah Fertigasi mempunyai kelebihan tersendiri berbanding dengan kaedah konvensional:

• Pemberian nutrien lengkap yang boleh dikawal mengikut kehendak tanaman berdasarkan jenis dan peringkat pertumbuhan sesuatu tanaman;
• Media tumbesaran dan persekitaran menjamin kebersihan dan menghindarkan masalah penyakit;
• Mengatasi masalah tanah seperti tidak subur, perumah penyakit dan perosak;
• Meningkatkan hasil per unit kawasan dengan kepadatan tinggi;
• Tiada masalah merumpai sekali gus mengurangkan kos buruh;
• Kualiti hasil yang lebih baik;
• Penggunaan baja yang cekap. Mencapai 85% berbanding kaedah tabur hanya 30%;
• Mengurangkan penggunaan racun keatas tanaman terutamanya jika jejaring kalis serangga diguna pakai;
• Hasil lebih tinggi, boleh mencapai sehingga 700% atau tujuh kali ganda.
• Pengurusan tanaman yang lebih sistematik.

Dalam kaedah Fertigasi, beberapa peralatan digunakan bagi tujuan mengawal serangga perosak dan merumput dengan membuat Rumah Lindungan Hujan dan juga jaring kalis serangga. Kaedah ini menyebabkan tenaga buruh dapat dijimatkan. Sistem ini juga tidak menggunakan tanah dan tidak memerlukan penggunaan tanah yang luas.

Peralatan atau kompenen yang diperlukan dalam sistem fertigasi adalah seperti tangki, tong stok nutrient, pam, paip poly atau pvc. Dripper, mini tubing, tubing, timer dan peralatan kawalan air dan baja. Dalam sistem fertigasi, air baja diberi mengikut masa iaitu antara 3 - 6 kali sehari selama 5 - 10 minit. Ini bergantung kepada cuaca dan juga kawasan tanaman.

Kaedah Fertigasi sangat sesuai bagi tanaman sayur berbuah dan berdaun seperti tomato, timun jepun, cili merah, terung, melon, cili sayur, strawberi dan juga pokok hiasan. Ringkasnya , sistem tanaman ini adalah sangat sesuai untuk tanaman yang bernilai tinggi di pasaran.

Pada masa ini, defisit negara dalam imbangan perdagangan makanan ialah sebanyak RM4.3 bilion.

Justeru itu, industri pertanian perlu kepada transformasi untuk menjadikan sektor ini benilai tinggi seperti juga industri di sektor pembinaan dan pembuatan serta perkhidmatan yang lebih moden, dinamik dan berdayasaing.

Kerajaan melihat bahawa negara perlu meningkatkan tahap dan proses pengeluaran daripada yang bergantung berat kepada tenaga buruh kepada berintensifkan modal, teknologi dan berasaskan ilmu pengetahuan. Oleh yang demikian itu program pemindahan teknologi dan cara tanaman yang baru bagi meningkat produktiviti perlu dilaksanakan. Ini termasuk program inkubator dan belia tani bagi melahirkan usahawan tani, sistem ternakan ayam secara tertutup (closed house system) dan program fertigasi tanaman pertanian ini.

Tuesday, October 21, 2008

CONTOH TELADAN...SI PETANI

dea ‘gila-gila’ hasilkan makanan sendiri


TANAMAN padi di belakang rumah Ismail Payamin yang menunggu masa untuk di tuai.


Agak sukar membayangkan bagaimana agaknya apabila belakang rumah yang bukan kawasan bendang tetapi dipenuhi dengan tanaman padi.

Lebih menarik, jika tanaman padi tersebut yang jaraknya hanya beberapa meter di belakang rumah menjadi sumber beras untuk makanan harian.

Lazimnya, bagi penduduk kampung, ternakan ayam, itik, telur dan tanaman sayur-sayuran diusahakan di belakang rumah untuk sajian harian tetapi beras terpaksa juga dibeli di kedai.

Namun, bagi seorang bekas guru, Ismali Payamin, 50, beliau cuba untuk mengubah kelaziman itu dengan menanam dan menternak sendiri sumber-sumber bahan asas keperluan dapur itu.

Caranya ialah dengan memanfaatkan kawasan sekeliling rumahnya di Kampung Sungai Kembung Hilir, Bangi, Selangor dengan diusahakan pelbagai aktiviti pertanian termasuk tanaman padi.

Tanaman padi diusahakan tanpa menggunakan air yang banyak memandangkan tanah di sekeliling rumah tersebut bukan kawasan semula jadi sawah yang boleh menyimpan air.

Di kawasan itu juga, Ismail menternak ayam yang digelarnya sebagai ayam katan bermaksud kacukan ayam kampung dan hutan.

Di satu sudut lain, dia membuka kawasan kecil untuk menternak ikan keli, juga dalam proses kajian untuk menjadikannya lebih sedap.

Segala usahanya itu yang boleh mencetuskan hasil ‘serba mungkin’ sebenarnya lahir daripada sikapnya yang ‘gila-gila’ dengan penyelidikan.

Ismail bersara daripada perkhidmatan perguruan pada 1995 selepas memulakan khidmat pada 1980.

Sepanjang perkhidmatannya, beliau yang berasal dari Cheras, berkelulusan teknikal dari Maktab Perguruan Ilmu Khas , Kuala Lumpur mengajar dalam bidang kemahiran hidup.

Selepas bersara atas pilihan sendiri, dia pada mulanya membuka pusat memancing ikan air tawar di Bandar Baru Bangi.

Selepas tidak lagi meneruskan tersebut, Ismail memulakan usaha dengan menjalankan teknik pembiakan ikan keli dengan mengacukkan mana-mana spesies.

“Saya mencubanya untuk mencari kelainan rasa keli yang lebih sedap,’’ ujarnya ketika ditemui di rumahnya di Bangi, baru-baru ini.

Malah, Ismail boleh berbangga kerana telah berjaya menemui apa yang dinamakan varieti baru hasil kacukan dua spesies keli tahun lepas.

Ismail juga bersedia membimbing mana-mana individu yang berminat mempelajari teknik aruhan itu di rumahnya jika ada kelapangan dan mengikut permintaan.

Pada masa sama, beliau turut mencuba menjalankan kajian mengenai pembenihan cendawan tetapi dihentikan buat sementara kerana banyak masalah.

Selepas usaha-usaha ‘penyelidikan tersebut’, Ismail akhirnya mencuba tanaman padi di belakang rumahnya.

Sebelum itu, beliau berkunjung ke Sumatera, Indonesia untuk menimba ilmu pengetahuan berkaitan tanaman padi di negeri berkenaan.

“Saya mencuba tanaman padi dengan benih yang dihasilkan oleh MARDI (Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia) iaitu MR219,’’ katanya.

Dia mencuba tanaman padi bagi mengurangkan beban perbelanjaan ekoran harga beras yang terlalu mahal pada masa ini.

Katanya, ramai mendakwa hanya padi huma atau padi bukit sahaja yang mampu bertahan tanpa air untuk tumbuh dengan baik tetapi, padi yang ditanamnya membuktikan sebaliknya.

Ismail menjelaskan, kawasan yang ditanam padi itu berkeluasan 4,000 kaki persegi dengan jarak antara pokok kira-kira enam inci.

Antara kelainan tanaman padi yang diusahakannya ialah tidak mempunyai kemudahan tali air dan hanya menggunakan baja organik.

Dia memulakan penanaman pada 15 Mei menggunakan dua kilogram benih padi dan sebelum menanamnya, tanah digembur dan dicampurkan dengan baja organik.

Selepas itu, dia menaburkan benih dan membiarkannya tumbuh sebelum disusun semula mengikut jarak yang sesuai.

Jika keadaan terlalu kering, dia hanya menggunakan sumber air di kawasan penanaman menggunakan alat perenjis air (sprinkler).

Pada masa sama, dia menyemburkan larutan mikrogranisma berkesan (EM) kepada tanaman tetapi tidak terlalu kerap atau kira-kira sebulan selepas penanaman.

Seperti benih padi lain juga, dia boleh menuai dalam tempoh antara 110 dan 120 hari penanaman.

“Saya telah mengira kos penanaman padi ‘bukit’ ini yang mana jika diambil kira semua termasuk penanaman sendiri, (manual) rawatan EM untuk keluasan 4,000 kaki persegi, maka jumlahnya kira-kira RM120.

“Kos itu tidak termasuk upah menuai dan dan menggunakan mesin untuk menukarkannya kepada beras,’’ ujarnya.

Bagaimanapun katanya, kos tersebut dapat dikurangkan sekiranya kawasan penanaman diperluaskan.

Katanya, sejumlah 300 kilogram beras dapat dihasilkan untuk kawasan seluas itu yang mampu digunakan selama setahun untuk sebuah keluarga yang mengandung tujuh atau lapan orang.

Tanaman padi tersebut bagaimanapun masih dalam peringkat kajian untuk mencari varieti tangkai yang lebih padat dengan padi.

Malah, dia juga sedang mencuba menanam padi tersebut di pasu bagi melihat ketahanannya.

Bagaimanapun, Ismail berharap kerajaan memberi peluang kepada pengusaha sepertinya supaya tidak terlalu ketat dalam kawalan jual beli padi.

Ini kerana, undang-undang tidak membenarkan hasil padi dijual kepada individu sebaliknya perlu ke kilang padi dan seterusnya dalam rantaian bekalan sedia ada.

Selepas lebih sedekad mencuba bermacam-macam kajian yang mungkin gila kepada sesetengah orang, Ismail berkata, beliau belum letih untuk terus mencuba.

Malah dengan kata-kata pegangan Alam Sebagai Guru, beliau akan terus mencuba menghasilkan sesuatu yang menarik kerana pada akhirnya ia untuk kebaikan.

Beliau juga akan sedang memikirkan untuk mengkomersialkan mana-mana produk yang dihasilkan itu untuk dikomersialkan bagi menjana keuntungan.

Thursday, September 18, 2008

cacing ternakan

Kenali jenis-jenis cacing untuk ternakan

Eisenia foetida

Pembiakan cacing ini cepat dalam tinja ternakan seperti lembu, biri-biri dan kambing. Berat tertinggi dicapai dalam tinja biri2 berbanding yang lain. Eisenia foetida banyak digunakan di Selatan India pada tinja lembu bagi tujuan penghasilan vermikompos.

Lumbricus rubellus ( cacing merah)

Lumbricidae

Dengan kepanjangan antara 25-105mm dengan 90-120 segmen pada badan. Warna badan perang kemerahan atau ungu kemerahan. Matang dalam masa 179 hari mempunyai jangka hayat kira-kira 682 hingga 719 hari. Menghasilkan antara 79 hingga 106 kokon bagi seekor cacing setahun. Secara semulajadi banyak terdapat pada tanah yang kaya dengan bahan organik seperti tinja ternakan dan bahan buangan (Edwards and Lofty, 1972). Bagi tanah yg dihuni mestilah mudah ditembusi dan keadaan tanah yg membenarkan pengudaraan berjalan lancar. Selain digunakan untuk menghasilkan baja vermikompos, cacing ini juga dijadikan serbuk untuk makanan ternakan dan digunakan dalam perubatan cina.

Perionyx excavatus (India blue worm/Malaysian blue worm/travelling worm)

Cacing ini asalnya daripada kawasan pergunungan Himalaya. Saiz cacing yang kecil antara 1.15 inci hingga 2.75 inci tidak sesuai sbg umpan pancing tetapi banyak digunakan untuk hasilan baja kompos atau vermikompos kerana keupayaan menguraikan sisa organic kepada kompos dalam sistem vermikultur. Dalam persekitaran yang sesuai, cacing ini boleh membiak dengan menghasilkan kira-kira 20 ekor anak/minggu yang akan menjadi matang 3-5 minggu kemudian.

Friday, September 5, 2008

Keperluan keselamatan makanan dan bioteknologi




Isu keselamatan makanan dan prospek kekurangannya pada masa hadapan menjadi topik utama di seluruh dunia, apatah lagi penduduk dunia semakin meningkat.

Mencipta keperluan sebagai pembekal makanan terbesar. Ramai pengkaji mencadangkan bioteknologi mempunyai potensi untuk meningkatkan hasil makanan dunia dan mengurangkan bekalan makanan yang tidak selamat.

Ia juga dapat meningkatkan hasil tanaman malahan dapat mengurangkan kerugian. Dengan kajian teknologi, petani di negara membangun harus bijak mencari pembaharuan bagi mendapatkan keuntungan.

Pengguna di negara membangun akan mendapat manfaat sekiranya hasil tanaman biotek adalah lebih murah atau lebih berkhasiat daripada hasil tanaman tradisional.

Dengan menambahkan gen kepada tanaman, ini akan mengelakkan daripada serangan serangga, penyakit dan kekeringan. Pengusaha benih biotek boleh membuatkan hasil yang mahal lagi tidak berkualiti atau memberi hasil yang lebih tinggi.

Sesuatu atau sesetengah kemajuan boleh disesuaikan untuk membuat hasil individu dengan tumbuhan yang subur khususnya di negara yang sedang membangun dan kemungkinan besar juga dapat meluaskan pelbagai inovasi.

Ekonomis yang berkriteria haruslah berpotensi dalam bioteknologi.

Petani haruslah berusaha menanam pelbagai tanaman biotek dan semua itu perlu bersesuaian dengan cuaca tempatan.

Kebanyakan kajian dalam bioteknologi selama ini telah diterokai oleh sektor swasta untuk tanaman yang beriklim.

Kajian terhadap taraf tanaman sedang dijalankan tetapi sebahagian pasaran ini membangun dengan perlahan kerana perhatian terhadap petani yang kurang berkemampuan untuk membeli keperluan dan kurang perlindungan daripada harta intelek di negara membangun.

Segelintir petani di negara membangun telah mengusahakan tanaman biotek. Laporan menunjukkan 24 peratus bagi 44.2 juta hektar tanaman biotek pada tahun 2000, walaupun kebanyakan penghasilannya di sebuah negara sahaja iaitu Argentina.

Sebagaimana teknologi inovasi, pertumbuhan variasi biotek menghendaki petani untuk menukar cara penghasilan.

Petani akan mengambil variasi baru jika tambahan daripada hasil meningkat manakala bagi variasi biotek, kos yang lebih rendah dengan hasil yang lebih banyak malah digabungkan lagi bersama teknologi.

Contohnya seperti antara pembelian benih yang mahal dengan penggunaan yang kerap ataupun menggunakan peralatan yang mahal tapi hasil peningkatan yang lumayan.

Penggunaan oleh petani kecil adalah sangat penting kerana dalam kebanyakan negara yang berpendapatan rendah, peratus bagi penduduk yang menggunakan pertanian adalah besar.

Mereka perlu penyediaan bukan sahaja daripada aspek kuantiti makanan tetapi cukup pendapatan dan membolehkan keluarga petani ini belanja dan mendapat pemakanan yang lengkap atau sempurna.

teknologi

Semasa Revolusi Hijau di Asia, kebanyakan petani mendapat bersih dengan adanya teknologi baru dengan konteks pendapatan hasil lumayan.

Negara atau petani yang tidak mengambil faedah dengan teknologi baru ini didapati hanya mendapat hasil dan pendapatan yang rendah.

Dengan inovasi baru, tanpa penggunaannya akan menyebabkan kos masa panjang kerana apabila teknologi baru diambil secara berleluasa, pengeluaran akan meningkat dan mendahului.

Ini bukan sahaja untuk mengurangkan harga tetapi untuk mengurangkan insentif dalam melabur kepada sesiapa yang belum menggunakan teknologi tersebut.

Pengurangan harga juga boleh mengurangkan kenaikan awal dalam keuntungan dan ini telah dialami oleh pengguna-pengguna yang telah menggunakan teknologi tersebut.

Pengguna di negara membangun boleh juga mendapat manfaat daripada bioteknologi. Jika pembuatan makanan tempatan berkembang, harga makanan akan menurun dan rakyat akan mendapat diet yang cukup.

Bahkan jika biotek menyebabkan kenaikan dalam pengeluaran makanan di luar negara, harga makanan akan menurun dan pembuat makanan akan lebih berkemampuan.

Tanaman variasi juga boleh mengubah kebiasaan tanaman variasi untuk menambah mikro-nutrien dan kandungan protein.

Sebahagian kajian institusi ialah memajukan ‘Golden Rice’ yang akan menghasilkan vitamin yang lebih tinggi dan kandungan zat besi.

Dengan perkembangan ini akan dapat mengurangkan timbulnya masalah penyakit seperti buta, anemia dan yang berkenaan dengan kekurangan vitamin.

Agensi kajian agrikultur awam seperti kerajaan, universiti dan agensi bukan kerajaan boleh membuat penerapan bioteknologi dengan lebih mudah bagi petani di negara membangun terutamanya dengan sasaran inovatif terhadap keperluan mereka.

Segelintir kerajaan terutamanya China, menggunakan secara aktif kajian bioteknologi makanan.

Yayasan Rockefeller telah bergiat aktif dalam memajukan ‘Golden Rice’ dan dalam latihan saintis di negara membangun.

Universiti Michingan, Kolej Skipps dan Universiti Correll, semuanya adalah rakan kongsi kepada Institut kajian Agrikultur Nesir bertujuan memajukan secara genetik dalam pengusahaan variasi sayuran.

Sokongan awam juga dapat mengurangkan kos benih bagi memajukan tanaman variasi melalui bioteknologi.

Bagaimana perkongsian ini boleh tersebar luas dan bagaimana mereka akan menumpukan terhadap variasi yang setanding kepada bangsa membangun, akan berguna dan mendorong kepada revolusi bioteknologi bagi negara-negara membangun.

Sunday, July 27, 2008

LANDSKAP



































Elemen Reka Bentuk Landskap

a. Garisan

· asas kepada sesuatu reka bentuk

· terbahagi kepada dua:

- garisan nyata (seperti garisan pokok pagaran, pokok tepi-tepian)

- garisan tidak nyata (seperti barisan pokok-pokok)

· digunakan untuk menghasilkan kesan seperti:

- mengarah pandangan

- mempercepat atau melambatkan pergerakan

· boleh diwujudkan melalui penggunaan:

- aturan penanaman

- tebing-tebing

- tepi-tepian (border)

- batang dan dahan pokok

· garisan lurus memberikan suasana formal

· garisan melengkok atau beralun lebih berbentuk semula jadi, tak formal dan suasana kelembutan

b. Bentuk

· terdiri daripada dua jenis:

- bentuk 2-dimensi - rupa (shape)

- bentuk 3-dimensi - bentuk (form)

· memerlukan ruang

- bentuk lonjong perlukan ruang yang lebih sempit berbanding dengan bentuk bulat

· diperolehi dari bentuk semula jadi tumbuhan atau buatan (seperti bentuk geometri hasil dari pemangkasan)

· memberi kesan kepada pandangan

- meningkatkan ketinggian (menegak) seperti bentuk lonjong

- merendahkan ketinggian (mendatar) seperti bentuk bulat

· menarik perhatian seperti bentuk liar atau unik

· memecahkan kesinambungan seperti menjalar atau lampai

c. Warna

· terbahagi kepada tiga jenis:

- warna asas (primer) - biru, merah, kuning

- warna sekunder - hasil campuran dua warna primer iaitu

§ hijau (biru+kuning)

§ ungu (biru+merah)

§ jingga (merah+ kuning)

- warna tertier - hasil campuran warna primer dan warna sekunder

· dua cara olahan/penggunaan warna:

- warna asas atau warna latar belakang

- warna tumpuan

· dipengaruhi oleh:

- cahaya

- jarak pemerhati

- kesuburan tumbuhan

· memberikan kesan seperti:

- menarik perhatian

- mengarah pandangan

- menentukan saiz ruang pandangan

- menentukan mood sesuatu tempat

· warna yang terlalu banyak menimbulkan kesan pandangan yang kelam-kabut

· warna daun, bunga, batang dan buah perlu diambil kira semasa mereka bentuk

d. Tekstur

· Merujuk kepada kualiti sesuatu permukaan

- kesan pandangan (mewujudkan tekstur pandang)

- kesan sentuhan (mewujudkan tekstur sentuh)

· tekstur pandang:

- lebih penting dalam sesuatu landskap

- bergantung kepada:

- saiz, bentuk, bilangan dan susunan daun

- keadaan cahaya

- jarak pemerhati

- musim

· tekstur tumbuhan terbahagi kepada:

- kasar

- sederhana

- halus

- memberikan kesan seperti:

§ mengecil atau meluaskan ruang

§ mewujudkan penumpuan

§ mendekat atau menjauhkan pandangan

§ mengarahkan pandangan

Prinsip-prinsip Reka Bentuk Landskap

Kecantikan sesuatu landskap akan terserlah jika prinsip-prinsip reka bentuk diberi perhatian. Prinsip-prinsip ini merupakan garis panduan menyusun tumbuh-tumbuhan untuk menghasilkan satu reka bentuk penanaman yang menarik. Aplikasi prinsip-prinsip ini berbeza-beza mengikut imaginasi dan sensiviti pereka.

a. Pembentukan Ruang

Tumbuhan mempengaruhi suasana luaran alam sekitar. Tanaman digunakan untuk menghasilkan pelbagai jenis dan bentuk ruang. Antaranya ialah ruang berciri ‘Iantai’, ‘dinding’ dan ‘lelangit’. Lima jenis ruang dapat dibentuk menggunakan tumbuhan berasaskan ciri ‘Iantai’, ‘dinding’ dan ‘lelangit’:

· Ruang Terbuka

- menggunakan pokok renek rendah dan penutup bumi

- mewujudkan suasana lapang dari semua sudut

- ruang kelihatan terbuka dan terdedah kepada sinaran matahari dan kurang memberi unsur-unsur pengasingan (‘privacy’)

· Ruang Separuh Terbuka

- menghalang dan mengarah penglihatan

- dihasilkan dengan kombinasi pokok renek berbeza ketinggian bagi menutup sesuatu pemandangan tetapi membiarkan penglihatan dari arah lain

- kawasan kediaman biasanya memerlukan keadaan ruang yang sedemikian

· Ruang Teduhan Lelangit

- pokok-pokok bensilara lebat yang ditanam rapat boleh menghalang penglihatan ke atas tetapi tidak menghalang pengerakan

- biasanya sejuk, tenang dan teduh

- kawasan yang luas biasanya diperlukan untuk mewujudkan ruang seperti ini

- kesan ‘terowong’ boleh dihasilkan jika pokok ditanam di kiri kanan jalan

· Ruang Teduhan Terkepung

- seperti ruang ‘lelangit’ tetapi mempunyai bahagian tepi yang dikepung oleh pokok-pokok renek

- biasanya terdapat di kawasan hutan

- ianya gelap, sunyi dan terasing

· Ruang Menegak

- tumbuhan yang tinggi dan tirus dapat menghasilkan ruang menegak dan terbuka ke langit

- bahagian tepi ruang boleh tertutup atau terbuka bergantung kepada tahap ruang menegak yang dikehendaki

b. Keringkasan dan kesatuan (Simplicity & unity)

Sesuatu susunan hendaklah ringkas dan mudah. Ini merupakan prinsip yang sangat penting kepada keseluruhan reka bentuk yang bersatu. Penggunaan prinsip ini menyebabkan sesuatu reka bentuk itu difahami dan dihayati oleh orang yang melihatnya.

Prinsip kesatuan merujuk kepada hubungan objek-objek yang disusun secara harmonis supaya setiap komponen dilihat sebagai sebahagian daripada satu `jasad'.

Prinsip keringkasan boleh dipenuhi dengan:

· menggunakan tumbuhan yang perlu sahaja, susunan kelihatan kucar-kacir dan tidak elok dipandang jika terlalu banyak elemen atau ciri-ciri tumbuhan digunakan

· mengulangi penggunaan sesuatu tumbuh-tumbuhan dalam reka bentuk yang hendak dihasilkan

· mengurangkan jenis objek yang perlu difokuskan dalam suatu pandangan

· menggunakan garisan sempadan lurus atau beralun ringkas

·

Prinsip kesatuan boleh dicapai dengan:

· mengelompokkan jenis tumbuh-tumbuhan atau warna dalam satu kumpulan supaya ianya kelihatan sebagai satu unit; menjarakkan sesuatu tumbuhan, warna atau objek akan memperlihatkannya sebagai komponen yang terasing

· menggunakan tekstur, bentuk atau warna tumbuhan yang sama dalam bentuk ulangan dan perubahan yang ketara dari satu kelompok kepada kelompok yang lain

· menggunakan objek yang mempunyai pertalian yang logikal; struktur ikan duyung di tengah kawasan rumput halaman kelihatan ganjil jika dibandingkan dengan kedudukannya di dalam sebuah kolam.

·

c. Keseimbangan (Balance)

Bayangkan satu garisan pemisah di tengah-tengah suatu landskap. Landskap itu dikatakan seimbang jika susunannya mempunyai `berat pandangan' yang sama atau serupa di sebelah kiri dan kanan.

Keseimbangan terbahagi dua:

· keseimbangan simetri:

- bentuk, saiz, warna, tekstur atau ketinggian bahagian kiri benar-benar serupa dengan bahagian kanan.

- keseimbangan ini memberikan landskap berbentuk formal

· keseimbangan asimetri:

- bahagian kiri dan kanan landskap tidak serupa dari segi bentuk, saiz, warna, tekstur atau ketinggian tetapi dari segi pandangan ianya masih seimbang

- keseimbangan ini menghasilkan landskap tidak formal. Kini keseimbangan asimetri lebih popular kerana ia mirip kepada keadaan semula jadi.

-

d. Penumpuan (Emphasis/Focalization)

Merujuk kepada komponen yang dapat menarik perhatian atau pandangan. Penggunaan komponen ini menyebabkan pandangan pemerhati akan tertumpu ke bahagian tersebut sebelum beralih pandangan ke bahagian-bahagian lain. Penumpuan menjadi bahagian yang paling utama dalam sesuatu pemandangan. Elemen-elemen lain seharusnya menjadi pelengkap kepadanya dan tidak bersaing untuk mendapatkan perhatian. Ianya boleh diwujudkan dengan menggunakan ciri yang sangat berbeza atau menarik dari yang lain. Bahan yang boleh digunakan adalah seperti tumbuhan dengan ciri yang amat menarik, tugu, kolam, kelompok bunga-bungaan dan sebagainya.

Apabila penumpuan telah dibentuk, semua garisan batas dan susunan tumbuh-tumbuhan hendaklah direka supaya ianya dapat memandu pandangan pemerhati ke arahnya.

e. Turutan (Sequence/Rhythm)

Turutan ialah perubahan dalam sesuatu ciri yang dilakukan secara beransur-ansur atau berperingkat-peringkat, contohnya perubahan ketinggian tumbuhan - tinggi, sederhana dan rendah.

Prinsip ini mmenghasilkan kesatuan kepada sesuatu reka bentuk landskap. Kesinambungan di antara kawasan-kawasan dalam suatu landskap juga dapat dicapai melalui prinsip ini.

Salah satu cara untuk mewujudkan kesinambungan ini ialah dengan mengulangi bentuk, warna, sudut, garisan atau elemen-elemen lain di kawasan-kawasan yang berlainan. Walaupun begitu, ulangan yang seragam dalam keseluruhan landskap akan mewujudkan keadaan yang menjemukan.

f. Skala dan nisbah (Scale & proportion)

Skala dan nisbah merujuk kepada pertalian relatif di antara saiz unsur-unsur yang digunakan. Ia memberi-kan satu perasaan besar atau kecilnya sesuatu ruang. Contohnya penanaman pokok bunga tanjung di halaman sebuah rumah teres menyebabkan kawasan tersebut kelihatan kecil. Tumbuhan yang berdaun besar ditanam dalam satu kawasan kecil akan menghasilkan kesan pandangan yang sempit. Sebaliknya, penggunaan tumbuhan kecil dan berdaun halus akan memberi gambaran satu ruang yang besar.


TEKNOLOGI PEMPROSESAN MINUMAN BUAH NANAS DAN NANGKA





Pemprosesan minimum nanas dan nangka merupakan produk hirisan segar buah-buahan ini dalam bentuk sedia untuk dimakan terus dan masih mengekalkan ciri asal buah yang normal iaitu dari segi bau, rasa dan juga warna.

Produk pemprosesan minimum biasanya tidak tahan lama. Ini ada kaitan dengan sifat biologi buah-buahan yang masih meneruskan tindak balas kimia, pernafasan dan aktiviti metabolik selepas dilakukan pemprosesan minimum. Perubahan semasa operasi penyediaan (seperti pembuangan kulit, pemotongan dsb.) meningkatkan aktiviti proses asas ini berlaku lebih rancak berbanding dengan hasilan yang normal. Faktor ini menyebabkan produk pemprosesan minimum buah-buahan tidak tahan lama berbanding dengan buah/hasilan normal atau produk buah diproses secara konvensional. Bagaimanapun melalui teknologi yang dihasil di MARDI, warna, bau, rasa dan tekstur buah nangka dan nanas dapat dikekalkan walaupun setelah 5-6 hari produk tiba di negara pengimport melalui pengangkutan udara.

Di pasaran sekarang buah-buahan pemprosesan minimum ini disediakan tanpa input teknologi semasa operasi penyediaan. Faktor kebersihan dan jaminan kualiti tidak diambil berat menyebabkan tempoh simpanan buah sangat terhad iaitu satu hari di suhu ambien dan 3-4 hari di suhu pasar kering (10-15oC). Justeru itu penjualan hanya terhad untuk pasaran tempatan sahaja.

Sebelum teknologi ini dihasilkan, nangka dan nanas dieksport dalam bentuk segar buah asal ‘whole fruits’. Pasaran eksport ke Eropah kebanyakanya dilakukan melalui udara. Kos pengangkutan udara yang tinggi; contoh, RM6.80/kg untuk ke Netherlands, menyebabkan aktiviti pengeksportan tidak begitu aktif. Bagi nangka dan nanas, 50-60% bahagian buah merupakan komponen yang tidak boleh dimakan seperti kulit yang tebal, jerami, empulur, biji, tangkai dan jambul bagi nanas. Pengasingan komponen ini semasa operasi penyediaan dapat menjimatkan kos pengangkutan.

Bentuk buah nangka yang tidak konsisten juga menyebabkan reka bentuk kotak sentiasa menjadi kesulitan bagi pengeksport. Justeru itu, teknologi yang dihasilkan ini memudahkan operasi penyediaan untuk pasaran bagi tujuan pembungkusan, penyimpanan, pengangkutan dan penjualan.

FAEDAH DARI TEKNOLOGI

1) Peningkatan kualiti produk

Melalui pengunaan kalsium klorida bagi mengekalkan ketegaran sel produk dan asid askorbik bagi menghalang proses fermentasi berlaku pada nanas yang diproses secara minimum

2) Teknik pra-penyejukan

Kaedah pra-penyejukan dijalankan bagi mengatasi masalah kesulitan mengasingkan isi nangka. Lelehan getah dapat dihindari dan peluhan (condensation) buah dalam bekas pembungkus juga dapat diatasi. Usaha mengatasi masalah ini membolehkan kualiti buah dikekalkan untuk tempoh yang panjang. Proses pra-penyejukan buah nangka dilakukan di bilik sejuk pada suhu 2 - 5°C selama lapan jam sebelum pemotongan kulit. Bagi nanas, teknik pra-penyejukan ini dilakukan semasa rendaman air sejuk (5°C) selama 10 minit selepas pemotongan kulit. Ketahanan produk adalah lebih baik berbanding nanas tanpa melalui proses pra-penyejukan.

3) Ketahanan tempoh simpanan

Melalui penggunaan pembungkusan atmosfera terubahsuai (MAP), dan dengan penyimpanan di suhu 2°C, kehilangan berat dan kualiti produk dapat dikekalkan sehingga 2-3 minggu. Dengan mengekalkan aras karbon dioksida di tahap 2 - 5%, oksigen pula dibiar stabil pada aras 10 - 15% dan dengan penyimpanan di 2°C, kesegaran buah boleh dikekalkan selama tiga minggu.

4) Bekas pembungkus

Pengunaan bekas polipropilena bagi pembungkusan runcit dan kotak penebat dapat mengawal kerosakan fizikal dan membolehkan bekas disusun secara bertindan. Amalan ini menjimatkan kos semasa penyimpanan dan pengangkutan terutama bagi pasaran eksport.

5) Penyejuk produk

Pengunaan bekuan gel/ais kering dalam pembungkusan pukal dapat menyejukan produk semasa pengangkutan. Tindakan ini memberi kesan kepada pernafasan buah dan hayat simpanan produk boleh dilanjutkan.

PERTAMA DI DUNIA

Teknologi bagi nanas dan nangka ini mula diperkenalkan di pasaran dunia semasa Floriade 2002 di Amsterdam. Kualiti produk diterima baik dan seterusnya mendapat perhatian pengeksport untuk terus mengeksport nangka yang diproses secara minimum untuk pasaran Netherlands, Zurich dan Belgium.
Teknologi bagi nanas dan nangka ini mula diperkenalkan di pasaran dunia semasa Floriade 2002 di Amsterdam. Kualiti produk diterima baik dan seterusnya mendapat perhatian pengeksport untuk terus mengeksport nangka yang diproses secara minimum untuk pasaran Netherlands, Zurich dan Belgium.

nanas
nangka

Pemprosesan minimum nangka dan nanas yang dipamerkan semasa di Floriade 2002.
honey_jackfruit

Pemprosesan minimum nangka mengunakan label pengeksport yang di jual di Rotterdan hypermarket dengan harga Euro 4.50/RM21.00 bagi pek 500g.

Selepas kejayaan nangka yang diproses secara minimum di pasaran eksport Eropah, MARDI dengan kerjasama pengeksport telah menghantar sampel promosi nanas yang diproses secara minimum ke Nertherlands, Zurich dan Belgium. Sehubungan dengan respon yang mengalakkan dari sampel promosi, pengeksport telah memohon khidmat nasihat MARDI bagi menilai kualiti dan penerimaan nanas ini. Susulan dari permohonan tersebut, MARDI dengan kerjasama FAMA dan LPNM telah dengan jayanya menjalankan kajian pengekportan nanas di Rotterdam dan Amsterdam pada Jun 2006. Penilaian kualiti juga tururt dilakukan pada nangka yang diproses secara minimum semasa kajian ini. Hasil kejayaan ini, LPNM dijangka akan menyediakan beberapa insentif bagi mengalakkan aktiviti eksport nanas yang diproses secara minimum bagi mengikuti jejak kejayaan pengeksportan nangka.

PERTAMA DI MALAYSIA

Teknologi yang dihasil merupakan yang pertama di Malaysia yang boleh digunapakai untuk penjualan buah-buahan di pasaran kering dan pasaran basah. Selain itu teknologi ini boleh diguna untuk sajian buah-buahan semasa penerbangan, di hotel, restoran dan majlis majlis tertentu. Teknologi yang dihasilkan merupakan teknologi pakej yang bermula dari penuaian buah sehingga produk tiba pada pengguna.

Teknologi telah dihasil melalui:

1.Kajian asas – pemilihan varieti, tahap kematangan, operasi penyediaan, bekas pembungkus, keselamatan makanan, pemastian kualiti, suhu penyimpanan dan kesesuaian pengangkutan untuk edaran semasa pengangkutan dan jualan

2.Kajian simulasi untuk pasaran tempatan dan eksport

3.Kajian pengangkutan eksport sebenar

IMPAK TEKNOLOGI

Teknologi yang dihasilkan bagi buah nangka kini digunapakai untuk pasaran eksport. Buah nangka merupakan buah jenis besar. Berat sebiji buah boleh mencapai 5-20 kg. Buah yang sebegini besar akan menyulitkan pengguna semasa pembelian dan tidak habis dimakan terutama apabila ahli keluarga adalah kecil. Kesulitan mengambil isi disebabkan kulit yang tebal dan bergetah merupakan faktor penyebab kenapa buah ini tidak popular. Bagaimanapun melalui teknologi MARDI halangan ini sudah dapat diatasi.

Faktor peningkatan ekonomi dan perubahan gaya hidup penduduk dijangka akan mempopularkan pasaran buah yang diproses minimum. Aahaliran sebegini sudah dapat dilihat di Amerika, Australia, New Zealand, Jepun dan lain-lain negara maju. Dijangkakan permintaan buah segar di pasaran akan berubah. Selaras dengan misi kerajaan menjadikan sektor pertanian sebagai penyumbang ketiga ekonomi negara adalah dijangka permintaan buah-buahan akan meningkat seiring dengan peningkatan penanaman buah-buahan yang berlaku sekarang.

Sekarang ini nangka dieksport (dalam bentuk sebiji penuh) ke Hong Kong, Singapura, Indonesia, Thailand, Timur Tengah, dan United Kingdom dengan nilai dagangan mencapai RM3 juta/tahun. Pada tahun 2008 – 2010 nilai ini dijangka mencecah RM10 juta. Kawasan penanaman nangka dijangka meningkat dari 6,000 hektar ke 55,000 hektar pada tahun 2010 akan membuka ruang bagi nangka dieksport dengan pesat lagi khususnya dalam bentuk diproses secara minimum. Arahaliran sebegini juga dijangka akan berlaku pada buah nanas.

FAEDAH TEKNOLOGI

a) Kesan Kepada Produk

1.Masalah kemerosotan kualiti produk dapat dihindarkan selama 2-3 minggu (bergantung
pada jenis buah). Kesegaran produk dapat dijamin kerana penyediaan buah dilakukan
dalam bilik terkawal yang mematuhi keperluan HCCP dan GMP sepenuhnya.

2.Masalah pemasakan buah nangka dapat diatasi dengan proses
pemasakan secara aruhan menggunakan gas etilena.

3.Masalah pelembutan tisu dan fermentasi bagi nanas dapat diatasi dengan penggunaan
kalsium klorida dan asid askorbik.

4.Masalah kehilangan air dan bau dari produk dapat dihalang dengan mengguna bekas
pembungkus yang sesuai. Bagi pembungkusan runcit, disyor digunakan polipropilena
kedap udara, manakala kotak penebat dan bekuan terma/gel ais bagi pembungkusan
pukal.

b) Kecekapan Operasi

1.Penjimatan masa kerana produk sedia untuk dimakan terus. Pengguna tidak
perlu mengalami kesulitan memotong buah bagi mendapat isinya.

2.Tiada pembaziran kerana pengguna hanya perlu membayar komponen yang boleh
dimakan sahaja. Bahagian kulit/jerami, tangkai, jambul telah dipotong semasa proses
penyediaan.

3.Penggunaan mesin pemotong membantu operasi penyediaan buah nanas.Produk yang
dihasilkan adalah lebih konsisten.

4.Penjimatan kos pengangkutan terutama melibatkan pengangkutan udara.

Teknologi pemprosesan minimum yang diwujudkan untuk nangka dan nanas bagi tujuan pengeksportan melalui pengangkutan udara juga berpotensi untuk diguna bagi pasaran eksport melalui kapal laut ke China, Taiwan dan juga Hong Kong. Ini adalah kerana perjalanan melalui kapal laut ke destinasi ini hanya mengambil masa 5-7 hari. Penggunaan kontena bersuhu sejuk akan dapat mengekalkan kualiti produk semasa pengangkutan dan penggunaan rantaian sejuk seterusnya akan menjamin kualiti produk bertahan selama 5-6 hari di pasaran jualan runcit.

Friday, June 20, 2008

TONGKAT ALI HITAM



Nama Botani

Polyathia Bulata

Nama Lain

Tongkat Ali Hitam, Tongkat Ali Baginda, Sepelih Angin

Famili

Annonaceae

Pengenalan

Pokok bersaiz kecil atau shrub ini boleh mencapai ketinggian sehingga 2-3 m. Ranting muda dilitupi dengan rambut atau bulu yang agak jelas, berwarna keemasan. Daunnya ringkas, berwarna hijau, berbentuk bujur panjang ('lanceolate' atau 'oblanceolate') berukuran 30-35 cm panjang dan 10-12 cm lebar. Di bahagian atas permukaannya berkilat, mempuyai 25-40 pasang urat dan dibahagian hujungnya tajam ('acute'). Tangkainyaberukuran 2-3 cm panjang. Bunganya berwarna krim (kelabu kemerahan) dengan 6 kelopak yang panjang.

Khasiat dan Kegunaan

Tumbuhan ini digunakan secara tradisi untuk menguatkan tenaga batin lelaki. Air rebusan diminum sebagai tonik. Selain daripada itu, tumbuhan ini digunakan untuk menguatkan buah pinggang dengan meminum air rebusannya secara berterusan selama satu bulan. Tumbuhan ini juga digunakan untuk merawat darah tinggi dan kencing manis dengan menghancurkan bunga, akar dan daun sehingga menjadi serbuk lalu dimakan. Salah satu kaedah yang biasa diamalkan dalam penggunaanya bagi merawat masalah lemah tenaga batin ialah dengan meminum secara berterusan air rebusan akar P. bullata yang dicampur dengan akar dedawai (Smilax myosotiflora), itah tembaga (Smilax calophylla), mentimun tikus (Cyclea laxiflora) serta akar secancang (Lasianthus cyanocarpus).

Tuesday, June 17, 2008

Peristiwa di UPM 2008


Bersama Prof. Zul dan rakan-rakan di MARDI


Yus dan aku di rumah cendawan UPM


Adik manis dan aku..bukannye belajar buat cendawan..main plak



Taklimat di Menara Tinjau Wetland Putrajaya oleh Prof.Zul



Bincang nak buka bisnes cendawan suatu hari nanti....


Proses jagung...Seronok tak leh nak cite


Ni belajar kat tepi jalan ke



Aku dan kawan di Ladang 10 amali Olerikultur



Memang banyak hasil jagung yang kami dapat...rezeki melimpah...



Buat bubur jagung pun x abis-abis....macam makan nasi...


Kelas Agroteknologi semasa amali...rehat sekejap...



Ni...hasil usaha kami...banyaknye syukur...pengalaman yang tak dapat kami lupa



sape yang candid aku...tu la main lagi dalam lab..kantoi...



Dahaga la...penat main tanah di Ladang 10...Tengok Kak Shimah sampai kembung pipi tu...