VIDEOKU


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Saturday, May 31, 2008

SENDUDUK







Nama Saintifik: Melastoma malabathricum

Famili: Melastomataceae

Nama Biasa: Senduduk

Nama lain: Keduduk,senggani,Straits Rhododendron

Lokasi dijumpai: Semak dan belukar

Keterangan

Pokok renek ini biasa dijumpai dibelukar dan semak yang tidak terlalu tebal. Tinggi purata pokok senduduk ialah 1 m namun ia boleh mencapai ketinggian hingga 3 m. Batangnya berwarna kemerahan dan dilitupi oleh bulu-bulu halus. Sama seperti batang daun dan buahnya juga dilitupi bulu ini. Bunganya cantik dan mempunyai 5 kelopak dengan stamen berwarna kuning ditengah-tengahnya. Bunga senduduk yang paling biasa dijumpai berwarna ungu gelap hingga ke merah jambu dan putih. Jenis berwarna putih ialah jenis yang paling jarang dijumpai tumbuh liar. Selalunya ia ditanam untuk tujuan perubatan. Bijinya berwarna hitam dan mempunyai sedikit rasa pahit dan manis dan ia boleh dimakan. Apabila dimakan ia boleh meninggalkan warna hitam pada mulut dan dari sinilah senduduk mendapat nama botaninya melastoma yang bermaksud mulut hitam dalam bahasa greek. Pucuknya boleh dijadikan ulam dengan dimakan mentah atau direbus. Ia mempunyai rasa yang agak masam kelat. Warna dari buahnya dijadikan pewarna kain disesetengah tempat sepeti di Thailand. Daunnya boleh dijadikan makanan untuk ulat sutera seperti daun kertau dan mulberi juga.Buahnya menjadi makanan kegemaran burung.

Kegunaan

Perubatan tradisional banyak menggunakan senduduk sebagai tumbuhan untuk mengembalikan kecergasan badan terutamanya selepas bersalin. Daun senduduk bersama daun mengkudu, serai wangi, pandan dan limau purut dicampur bersama air panas dan dijadikan rempah untuk mandi selepas bersalin, selalunya selama 3 pagi selepas bersalin. Daunnya yang tua dan gugur kebumi akan bertukar warna menjadi merah muda. Daun ini ditumbuk dan air tapisannya diminum untuk menyembuhkan luka dalaman selepas bersalin. Sesiapa yang pernah terkena bisa ulat bulu pasti tahu betapa sakitnya bisa itu. Daun senduduk boleh juga di gunakan untuk merawat bisa ini dengan cara menumbuk daunnya yang matang dan gugur kebumi dalam keadaan telungkup dan ditampal pada bahagian yang terkena ulat bulu tadi. Selain daripada itu senduduk juga boleh digunakan untuk merawat cirit birit, najisk berdarah dan buasir dengan cara meminum air rebusan daunnya. Pes daunnya yang ditumbuk juga boleh menghilangkan parut akibat pelentong/bertih/cacar air.

No comments: