VIDEOKU


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Saturday, May 2, 2009

Yeah....Balik Kampungku...Kedah Darulaman

Pagi-pagi sabtu...semua ahli keluarga ku sibuk buat kerja....masa ni la kami dapat buat kerja bantu abah ngan mama melakukan kerja rumah yang tertangguh setelah mereka tinggal berdua saja..tak terdaya mereka nak buat semua...banyak kawasan rumah tak dapat dijaga sepenuhnya...sekarang aku pula nak buat apa ni...abah dan adik-adikku tengah membina pagar di belakang rumah...suami aku pula membetulkan lampu-lampu yang tidak menyala...aku pula meronda-ronda melihat kawasan rumah yang banyak perkara perlu dilakukan..aku lihat banyak gak perubahan yang abah aku lakukan setelah dia pencen. Aku pun berjalan-jalan memerhati keindahan pokok-pokok ini...



Pernahkah anda merasa buah ini...inilah buah setoi...


Buah ni je yang masak...dapat la aku merasa...


Pandangan atas pohon buah setoi


Ini buah jambu air...


Em...segarnya buah jambu ni...tengok serangga yang sedang melakukan kerja....






Tiba-tiba aku pun memandang pokok cempedak ni...aku pun jenguk ke atas wah! banyaknya buah....Ni pokok cempedak tengah galak berbuah...ala tak sempat nak merasa...kena la balik lagi bila cempedak ni dah masak.



Kemudian aku, tengok pula pokok manggis dah besar pun dia.....aku pun meyelakla daun-daun yang lebat...terpandang buah-buah manggis yang tengah membesar...ala kali ni aku balik tak dapat la makan buah..semua baru nak membesar...


Ini dia buah manggis yang sedang membesar....eee...geramnye...cepatla masak...

Fokus dekat si manggis

Landskap yang tak terjaga....tempayan pun dah terbalik...nilai tempayan ni arwah nenek punya..itupun ada juga orang minta nak beli..eh tak jual...


Pokok-pokok di kolam ikan ni pun dah tak dijaga...

Landskap dah tak diselenggara...

Inilah pokok kaktus yang aku tanam semasa aku berumur 16 tahun....dah besar sangat...selalu hobi aku menulis segala perkataan dekat batang dan daun kaktus....



Tembok yang dah siap...mama aku dah sibuk tanam pokok bunga...



Eh pandai juga diorang ni buat pagar...nasib baikla abah aku bina pagar ni...kalau tak selalu la si biawak ni datang...bersiar-siar kat belakang ni...banyak biawak tau..hehe


Ini beberapa pokok dukong yang baru belajar membesar...


Ni projek abah aku... ni anjung berehat tengok sawah padi dan gunung jerai

Sebelah bendang ni, abah menanam pokok ubi,pokok pisang,betik,cili,keladi,ulam raja dan kacang kelisa.


Ni pemandangan belakang rumahku...sekarang musim menanam padi...aku tak berani nak jejak bendang takut pacat dan lintah...masa kecil2 aku berani sekarang malas la jadi tak dapatla aku nak ambil pemandangan gunung jerai...


Batrisyia rindu dengan basikal yang lama ditinggalnya...

Cuti 1 Mei....ke zoo taiping

Bertolak dari Cheras selepas subuh 6.30 pagi..sampai di Taiping kul 9.00 pagi dan singgah mandikan batrisyia di Masjid India di tengah-tengah pekan Taiping bersebelahan Sekolah Rendah Taiping...berehat dan tiba di Zoo Taiping pukul 10.00 pagi..


Beruang tengah "poo poo" hehe





Sampai je kami terus naik tren..letih bawa kereta dari KL...



Aksi yang menarik yang sempat aku rakamkan...anak gajah sedang mengusik ibunya...memang terhibur gelagat si comel...

Thursday, April 30, 2009

PEMUGARAN

Inilah dia gambar bajak piring (disc plough)..serupa tak dengan yang cikgu lukis di whiteboard....hehe..ini lebih jelas...harap faham ye student 4A dan 4k


Bajak piring



Dua gambar ini merupakan alat pemugaran primer.

Ini pula bajak sepak (Mounted mould board plough)merupakan alat pemugaran primer





bajak sepak

Monday, April 27, 2009

BELALANG




MATA PAK BELALANG...ia mempunyai mata tumpuan (compound eye) 3 mata ringkas yang berfungsi untuk membezakan gelap dan terang dan stemata (mata ringkas pada larva)

MULUT PAK BELALANG...ia mempunyai labium dan labrum

Diurnal : aktif pada waktu siang
Nocturnal : aktif pada waktu malam







TORAKS
di antara kepala dan abdomen
Ada 3 segmen protoraks mesotoraks dan metatoraks

KUMBANG TANDUK




Nama biasa : Kumbang tandung / badak

Order : Coleoptera




Biologi :
Telur (10-18)
Larva (77-212 hari)makan bahan organik yang reput
Kepompong (17-31)

Kerosakan : Larva makan pelepah daun hingga ke lidi

MESIN PADI