VIDEOKU


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Saturday, May 24, 2008

KACIP FATIMAH



Nama Saintifik: Labisia Pumila
Famili: Myrsinaceae
Nama Biasa: Kacip Fatimah
Nama lain: -

Lokasi dijumpai: Malaysia, Thailand, Indochina

Keterangan
Kacip fatimah atau nama saintifiknya labisia pumila dari famili Myrsinaceae adalah sejenis tumbuhan herba yang mempunyai batang berkayu. Ia biasanya tumbuh secara liar di hutan hujan tropika pada ketinggian lebih kurang 150 kaki dari aras laut. Tumbuhan ini membiak dengan 2 cara: melalui biji benih dan keratan akar(pecahan akar). Tumbuhan ini dapat tumbuh dengan sempurna dikawasan yang akan redup dengan tanah yang mempunyai kandungan humus yang tinggi dan tidak menakung air. 3 jenis variasi yang biasa dijumpai di Malaysia ialah :Labisia pumila var. alata, L. pumila var. pumila dan L. pumila var. lanceolata.

Kegunaan
Kacip Fatimah begitu sinonim dengan wanita. Ia dikatakan dapat mempercepatkan proses kelahiran bayi disamping dapat mengembalikan kecergasan selepas bersalin. selain dari itu ia juga dikatakan dapat membantu mengecutkan rahim dan melangsingkan badan. Kacip fatimah juga dikatakan dapat merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarkan perjalanan dan kitaran haid wanita. Ia juga dapat mengurangkan sakit senggugut ketika haid. Sekarang banyak syarikat pengeluar herba mengkomersialkan tumbuhan ini dan dijadikan tonik selepas bersalin. Cara penggunaan untuk selepas/sebelum bersalin ialah dengan merebusnya (satu pokok termasuk daunnnya) ke dalam seperiuk air (seeloknya periuk tanah) dan airnya diminum. Ia juga boleh digunakan untuk mengubat penyakit buasir(hemarroid/pile) dengan cara merebus akarnya yang telah dikeringkan. Ia juga boleh digunakan untuk merawat cirit birit, sakit sendi (rheumatism), gonorhea dan walaupun tumbuhan ini mempunyai khasiat yang begitu tinggi, satu aspek yang sering dilupakan adalah tahap ketoksidan kandungan kimia didalamnya. Kajian sedang dilakukan dengan terperinci untuk menentukan kesan sampingan dan akibat dari penggunaan produk dari bahan ini supaya dos yang sepatutnya boleh dicadangkan.

KADUK



Nama Saintifik: Piper sarmentosum roxb
Famili: Piperaceae
Nama Biasa: Kaduk
Nama lain: Sirih duduk
Lokasi dijumpai: Di kawasan yang agak lembab

Keterangan
Kaduk ialah sejenis tanaman yang banyak digunakan sebagai perisa dalam masakan melayu seperti masak lemak terutamanya masak lemak udang dan ketam. Kaduk sedap dijadikan ulam jika direbus dan dicecah dengan sambal belacan. Ia mudah ditanam dan hidup subur terutamanya di kawasan-kawasan yang lembap dan hidup liar. Daun kaduk lembut berbentuk bujur bulat, nipis, berwarna hijau tua, berkilat dan berselang-seli manakala bunganya banyak, padat, sangat kecil dan tersusun rapat. Ia adalah tumbuhan jenis memanjat yang sesuai hidup dikawasan beriklim panas seperti tropika. Kaduk hidup meliar terutama di kawasan teduh, lembap atau di bawah sudur pokok lain manakala penanamannya menggunakan kaedah keratan batang.

Kegunaan
Air yang direbus dengan akar pokok kaduk dapat melawaskan kencing. Daunnya pula mujarab untuk merawat demam malaria dengan cara meminum air rebusannya. Air rebusan itu juga berkhasiat bagi melegakan batuk-batuk, selesema, sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang. Daunnya yang ditumbuk pula boleh dijadikan ubat panau dengan cara menambal pada bahagian panau itu.

JARUM TUJUH BILAH



Nama Saintifik: Pereskia sacharosa/saecnarosa
Famili: Cactaceae
Nama Biasa: Jarum tujuh bilah
Nama lain: Bintang tujuh,Pokok kanser,Chat sim Chan
Lokasi dijumpai:
Tanaman hiasan

Keterangan
Tumbuhan dari keluarga kaktus ini mungkin satu-satunya kaktus yang mempunyai daun yang sebenar. Ia merupakan genus paling primitif dalam keluarga kaktus. Pereskia berasal dari Korea tapi boleh didapati dengan mudah di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Malah ia merupakan tumbuhan yang agak lasak dan boleh beradaptasi dengan hampir semua iklim kecuali tundra. Keadaan optimum untuk pertumbuhannya adala sinar matahari yang terang dan iklim tropika. Ia adalah tumbuhan yang mudah membiak. Memiliki ciri yang hampir menyerupai pokok parisan, pokok ini juga mudah ditanam dengan kaedah cantas dan cucuk Arizal 2004. Ia juga boleh membiak melalui biji benih. Daunnya mudah gugur jika terdedah dengan keadaan kering namun mudah pula tumbuh semula apabila air mencukupi. Terdapat 15-20 spesis pereskia terutamanya dari Afrika Selatan, Amerika Tengah dan India Barat. Sepanjang batangnya terdapat tujuh batang duri yang meruncing tajam, kerana itu juga ia dipanggil jarum tujuh bilah. Daunnya yang rangup boleh dijadikan ulam atau salad.

Kegunaan
Pereskia dikatakan dapat merawat kanser terutamanya kanser kolon(usus besar), kanser hidung dan juga kanser lain. Terdapat 3 cara menggunakannya, pertama dengan memasukkan lebih kurang 2 helai daunnya ke dalam air panas dan dijadikan teh dan airnya diminum, kedua daunnya dimakan sebagai ulam sebanya 1-3 helai setiap hari dan ketiga dengan cara mengisar daunnya hingga lumat, campurkan air dan jusnya diminum. Anda dilarang dari meminum sebarang jenis minuman teh selepas mengambil herba ini kerana ia dikatakan dapat menghapuskan segala khasiat dalam badan kita. Kajian terhadap kandungan kimia yang terdapat dalam pereskia dan tindakbalas sel kanser terhadapnya sedang giatdijalankan.

DUKUNG ANAK



Nama Saintifik: Phyllanthus Niruri
Famili: Eurphorbiaceae
Nama Biasa: Dukung Anak
Nama lain: Kelek anak, meniran(indonesia),Bhuaionla, kiranelligida(india)
Lokasi dijumpai:
Di tepi longkang dan di kawasan pertanian

Keterangan
Dikenali dengan nama meniran bagi masyarakat indonesia , tumbuhan in termasuk dalam famili Eurphorbiaceae. Selalunya tumbuh di kawasan yang tanahnya agak keras, seperti di celah retakan simen. Juga boleh didapati di kawasan kebun-kebun sayur dan tanah terbiar. Daun pokok ini adalah dari jenis majmuk bipinat, daunnya kecil berwarna hijau yang agak gelap dan tersusun berselang seli dengan jarak lebih kurang 6-10mm. Ia adalah herba tahunan(annual) dengan ketinggian lebih kurang 30-60 cm. Ia mempunyai bunga yang berwarna putih kekuningan dan satu tangkai bunga mempunya bunga-bunga kecil yang banyak . Terdapat dua jenis bunga; bunga jantan dan betina. Kapsul bijinya sangat kecil, berpermukaan licin dan dari jenis 3-gonous. Kitaran dari satu biji ke biji yang berikutnya adalah 2 hingga 4 minggu. Dukung anak tumbuh di kawasan yang beriklim tropika seperti Malaysia, Indonesia,Thailand. Juga terdapat di China, India dan dalam kawasan antara Filipina dan cuba. Di kebanyakan tempat ia mendatangkan masalah kepada petani kerana selalunya tumbuh di kawasan pertanian dan dianggap rumpai yang sukar dikawal.

Kegunaan
Akar, daun, buah, jus dan keseluruhan tumbuhan ini mempunyai nilai perubatan. Perubatan ayurveda ia digunakan sebagai penghilang dahaga, bronchitis, kusta, anemia, penyakit kelenjar kencing, anuria dan asma. Boleh juga digunakan untuk mengubat penyakit berak berdarah (dysentery) yang kronik (mengikut kaedah perubatan unani dari India). Buahnya digunakan untuk mengubati luka, kerengsaan, penyakit kudis buta (scabies) dan kurap. Akarnya pula (yang masih segar) adalah penawar yang berkesan untuk penyakit kuning (jaundice) terutamanya pada bayi yang baru lahir. Daun yang telah dilumatkan dan dicampur dengan sedikit garam dapur boleh merawat jangkitan kudis buta(scabies). Jika tidak dicampur garam ia boleh ditampal pada luka dan lebam. Ia juga boleh digunakan untuk merawat bisa gigitan ular. Tumbuhan ini juga boleh digunakan sebagai tuba(racun) ikan. Kaedah perubatan ayurveda banyak menggunakan tumbuhan ini samaada dalam bentuk tumbuhan ini dikeringkan dan dijadikan serbuk atau terus menggunakan tumbuhan ini dalam bentuk tumbuhan segar.

Walaupun masih sukar untuk menentukan apakah kandungan dalam tumbuhan ini yang menyebabkan ia mempunyai nilai perubatan yang tinggi, ada kajian yang menunjukkan ia memberikan kesan positif untuk mengubati penyakit hepaptitis B, dalam satu kajian, didapati 22 daripada 37, iaitu sebanyak 59% dari pembawa virus hepatitis B yang dirawat dengan persediaan herba dari tumbuhan ini selama sebulan telah kehilangan antigen hepatitis B setelah di uji selepas 15 hingga 20 hari selepas rawatan selesai. Jika menggunakan rawatan biasa hanya 4% dari pembawa akan kehilangan antigen untuk tempoh yang sama. Persediaan herba ini hendaklah di amalkan selama sebulan atau lebih untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Jika digunakan secara biasa, tiada kesan sampingan didapati setakat ini. Namun anda dinasihatkan mendapatkan pandangan doktor sebelum memulakan rawatan. Walaupun ia membantu mengurangkan jumlah virus hepaptitis B yang dijumpai didalam darah, ia masih tidak dapat menghilangkan kesemuanya, jadi ia bukanlah penawar kepada penyakit ini, namun mengambilannya dapat mengurangkan dan mengawal pertumbuhan dan pertambahan virus hepatitis B. Kajian lanjut masih dijalankan oleh para saintis mengenai kegunaan dukung anak untuk merawat hepatitis B.

BEBUAS



Nama Saintifik: Premma Cordiflora
Famili: verbenaceae
Nama Biasa: Bebuas
Nama lain: -

Lokasi dijumpai: Tumbuh meliar di tepi hutan

Keterangan
Bebuas banyak dijadikan ulam oleh masyarakat melayu . Pucuknya yang rangup dan mempunyai rasa sedikit pahit menambahkan lagi selera makan.

Kegunaan
Antara khasiat pokok bebuas bila dimakan mentah sebagai ulam ialah ia dapat membuang angin dalam badan dengan cepat. Air rebusan pucuk bebuas pula boleh menolong untuk mengatasi masalah kecacingan dan menambah air susu ibu.

BANGUN-BANGUN



Nama Saintifik: Solenostemon amboinicus
Famili: Labiatae
Nama Biasa: Bangun-bangun
Nama lain: Ati-ati hijau, allspice
Lokasi dijumpai:
Di tanam sebagai rempah dan ulam

Keterangan
Pokok bangun-bangun atau dikenali juga dengan ati-ati hijau biasa ditanam sebagai ulaman dan penyedap rasa dalam masakan. Pucuk mudanya dijadikan ramuan untuk sambal tempoyak. Ia juga dijadikan ramuan untuk nasi ulam. Bangun-bangun senang membiak melalui keratan batang dan daun. Medium pilihan ialah tanah gembur yang mempunyai pengaliran air yang baik dan terdedah kepada cahaya matahari.

Kegunaan
Bangun-bangun terkenal dalam perubatan melayu dan cina terutamanya untuk menjadi penawar kepada batuk, mual-mual,sakit kepala dan masalah pencernaan. Caranya sehelai daun bangun-bangun diseduh dengan air panas dan dimasukkan sedikit gula batu sebelum di minum. Jusnya pula boleh dijadikan ubat untuk asma, batuk dan bronkitis. Daunnya yang dilumatkan dapat menjadi penawar kepada gigitan serangga berbisa dan kulit melecur dengan cara menampal daun lumat yang telah menjadi seperti pes pada bahagian yang terlibat.

BALIK ADAP


Balik Adap

Nama Saintifik:
Mussaenda villosa wall
Famili:
Rubiaceae
Nama Biasa:
Balik adap
Nama lain:

Lokasi dijumpai:
Disemak-semak dan belukar
Keterangan
Tumbuhan ini biasa dijumpai di kampung-kampung di kawasan belukar. Daunnya terdiri dari campuran daun yang berwarna hijau dan putih. Bunganya ada yang berwarna oren dan ada yang berwarna putih. Daunnya biasa dijadikan ulam oleh penduduk kampung.
Kegunaan


Ia digunakan untuk mengubati demam dengan cara meramas daunnya ke dalam sebesen air sama seperti yang dilakukan dengan menggunakan daun bunga cina. Air ini digunakan untuk menjarang (membasahkan) kepala pesakit untuk menurunkan suhu badannya.

KEPENTINGAN HERBA

Semenjak dari dulu lagi tumbuh – tumbuhan memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Beberapa ribu tahun dahulu, tumbuhan telah digunakan dengan meluasnya sebagai makanan dan juga ubatan.
Bapa perubatan iaitu Hippocrates yang telah menubuhkan Kuil Aesculapius, iaitu sebuah Kolej Perubatan juga telah mempelajari ilmu perubatan dengan menggunakan tumbuhan herba daripada orang – orang Mesir.
Malaysia merupakan negara yang kaya dengan tumbuh – tumbuhan semulajadi untuk membuat ubat tradisional. Terdapat lebih 6000 spesis tumbuhan tropika di seluruh Malaysia.
Ubat tradisional sememangnya kaya dengan nutrien, serta kebolehannya untuk mengubati berbagai jenis penyakit. Ianya telah digunakan semenjak dari dahulu lagi sehinggalah sekarang. Ianya kekal menjadi rawatan yang popular sehingga sekarang. Ubatan tradisional adalah satu sains atau latihan dalam perubatan dan penjagaan kesihatan yang telah diwarisi sejak zaman berzaman. Ianya telah diturunkan secara lisan atau secara bertulis melalui amalan – amalan atau kepercayaan sesuatu komuniti.Bagaimana tumbuhan herba dijadikan sebagai ubatTidak syak lagi bahawa tumbuhan adalah merupakan rahmat Allah s.w.t yang tidak ternilai kepada manusia. Bukan sahaja sebagai bahan makanan sehari – hari, bahkan untuk kegunaan berbagai bidang kehidupan mereka. Termasuklah bidang perubatan, menyembuh dan membasmi berbagai jenis penyakit.Sejak dari zaman purba manusia primitif yang hidup disesuatu bahagian mukabumi ini, mungkin sudah dapat mengenali segala jenis tumbuhan yang terdapat di sekitar kawasan kediaman mereka. Mereka sudah dapat memastikan dan membezakan diantara tumbuhan yang boleh dimakan dengan tumbuhan yang mengandungi racun yang boleh memudaratkan.Mereka juga memerhatikan dan mengambil tahu akan jenis tumbuhan yang lazim dimakan oleh binatang peliharaan seperti kucing. Terutama apabila melihat binatang itu tidak sihat. Maka mereka dapat pula pengetahuan mengenali jenis tumbuh – tumbuhan yang berkhasiat. Lalu disesuaikan dengan pengalaman mereka sendiri untuk dijadikan bahan perubatan. Demikianlah manusia sejak zaman berzaman sudah mempunyai kesanggupan mengubat, menyembuhkan berbagai jenis penyakit dengan menggunakan beberapa jenis tumbuh – tumbuhan.Khasiat beberapa jenis tumbuh – tumbuhan tertentu yang pada mulanya hanya diketahui oleh kaum peribumi setempat itu sahaja, rupa – rupanya telah membawa rahmat kepada umat manusia serta dunia, sama ada untuk menyembuhkan penyakit tertentu ataupun dalam sesuatu bidang perubatan. Misalnya, pokok chichona, yang berasal dari Peru itu, setelah diproses oleh pakar – pakar perubatan moden telah menghasilkan quinine, ubat mujarab untuk menyembuhkan penyakit malaria. Daun – daun dari pokok koka, setelah diproses mengasilkan kokain, iaitu ubat pelali atau bius. Sementara opium yang diproses dari bunga popi, menjadi bahan ubatan untuk mengubati beberapa jenis penyakit dan tidak terkecuali dalam perubatan Melayu tradisional.Menyentuh perkara tumbuhan sebagai bahan ubat – ubatan ini, maka kepulauan Melayu ini bolehlah disifatkan sebagai gedung ubat yang amat besar. Segenap hutan belukar, bukit bakau, lembah, paya, sawah, padang, kampung dusun, bahkan di kawasan kediaman sendiri terdapat tumbuhan yang berbagai jenisnya. Oleh yang demikian seperti juga peribumi di bahagian – bahagian lain di muka bumi ini, orang Melayu sudah mengetahui akan khasiat tumbuh – tumbuhan yang terdapat di sekitar mereka. Maka dari pengetahuan inilah terbitnya gelaran – gelaran dukun, bomoh, pawang dan sebagainya.Kebiasaannya cara ubatan tradisional Melayu menggunakan beberapa jenis tumbuh – tumbuhan herba dalam merawat sesuatu jenis penyakit. Dimana tumbuh – tumbuhan herba ini akan dicampurkan bersama – sama mengikut cara – cara yang tertentu. Sama ada dengan cara memasak kesemua tumbuhan tersebut ataupun dengan mengilingnya dan berbagai cara lagi. Diantara contoh – contohnya adalah seperti di sebelah :1. Penyakit demam kepialuAmbil biji sesawi, akar kawi, jerangau bonglai, temu putih, daun rembega dan daun kebas bendang. Giling sehingga lumat dan campurkan dengan air. Kemudian lumurkan pada seluruh badan ataupun boeh juga diminum.2. Demam panasAmbil gelang sambar dara, setawar, pucuk lancung, adas manis,bunga pulasan, putik bebaru, bawang putih, bawang merah, mesui dan pinag muda. Kesemua bahan ini ditumbuk sehingga lumat dan dicampurkan dengan air, kemudian minum.3. MuntahAmbil buah pala dan bawang putih sebiji lalu dimakan dengan sakar.4. Sakit KepalaAmbil daun pegaga, kapur barus dan sendawa. Giling sehingga lumat dan tempelkan di kepala yang sakit itu.5. KayapAmbil daun cucuran atap, daun kedondong dan daun lada pahit. Giling dan kemudian sapu.6. PanauAmbil cendana dan tuba tikus, asah dengan air limau nipis. Bubuhkan pada tempat panau itu.Rahsia Tumbuhan Herba Bagi Wanita MelayuBagi kebanyakkan kaum wanita pula, mereka lebih gemarkan pengambilan jamu untuk menjaga kesihatan mereka. Bahan – bahan asli seperti tumbuh – tumbuhan, daun – daun, akar – akar kayu, buah – buahan dan bunga – bungaan mempunyai khasiat untuk merawat kesihatan dan kecantikkan tubuh badan.Jamu ialah ubat tradisional yang telah digunakan oleh nenek moyang kita sejak dahulu lagi. Mereka telah mengamalkan penggunaan jamu ini untuk mengubati berbagai jenis penyakit dan tidak ketinggalan juga untuk menyihatkan dan menguatkan badan. Pemakanan dan penggunaan ubat tradisional yang asli ini masih diamalkan hingga ke hari ini. Walaupun perubatan moden begitu luas digunakan dan dikembangkan dengan begitu canggih sekali. Keberkesanan penggunaan jamu yang jarang memberi kesan sampingan telah terbukti melalui pengalaman para pengamalnya yang setia.Bagaimana ia dihasilkanKebanyakan bahan – bahan boleh didapati dari kedai – kedai runcit yang mendapatkan bekalan daripada pembekal – pembekal yang mendapatnya daripada hutan rimba. Tetapi ada juga yang menanamnya dihalaman rumah seperti sirih, kunyit, daun beluntas, kemangi, serai dan lain – lain. Ada juga daun yang boleh dibuat ulam seperti betik, dimana khasiatnya ialah untuk mempercepatkan jahitan difarajwanita yang baru lepas bersalin, kering dan sembuh dengan sempurna. Daun betik ini direbus dan diminum airnya selama dua hingga tiga hari.Bahan – bahan lain yang boleh didapati di dapur kita ialah asam, halia untuk memanaskan badan. Kunyit digunakan untuk menyembuhkan gatal – gatal dan luka – luka. Kencur atau cekur, pati beras, adas untuk menghilangkan sakit perut , memperbaiki perjalan haid yang teratur dan masalah susah tidur. Bawang merah untuk mengubati batuk dan masuk angin. Bunga cengkih boleh mengubati masuk angin dan juga perut memulas. Lempoyang untuk mengubati kurang nafsu makan, sesak nafas dan bau badan.Sementara bahan yang boleh didapati dari halaman rumah ialah bayam duri untuk mengubati selsema, bisul, sesak nafas dan demam nifas. Buah belimbing untuk mengubati kencing manis, batuk,tekanan darah tinggi dan sakit kepala. Daun sirih, daun lidah buaya, daun orang aring, kemangi, serai dan daun beluntas boleh mengubati demam panas, darah kotor,nafas berbau. Limau nipis untuk mengatasi masalah kegemukkan.Lazimnya jamu ini tidak mempunyai resipi yang tepat iaitu jumlah atau ukuran bahan - bahan untuk sesuatu ramuan tidak mengikut sistem metrik, melainkan mengikut cara ukur yang mudah seperti ukuran genggam, menggunakan jari – jari dan jemputan tangan. Dosnya juga bermacam – macam, misalnya satu gelas, setengah botol, satu cawan dan sebagainya. Dibawah ini disenaraikan beberapa contah jamu yang biasa diamalkan oleh wanita untuk kecantikkan serta penjagaan kesihatan. Dimana jamu – jamu ini boleh dibuat sendiri di rumah tanpa memerlukan modal yang besar.

HERBA MALAYSIA TERBAIK DUNIA

Herba di Malaysia terbaik di dunia

Utusan Malaysia 8 April 2002


KUALA LUMPUR 7 April - Malaysia mempunyai sumber bahan mentah tumbuh-tumbuhan dan herba antara yang terbaik di dunia.
Bagaimanapun, pengguna dan pengamal perubatan tradisional tempatan gagal mengeksploitasikan sumber-sumber yang ada bagi menggiatkan pembangunan industri itu.


Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Datuk Abdul Razak Mohd. Ali berkata, akibatnya bahan-bahan yang ada itu menjadi khazanah yang disia-siakan.
Menurutnya, kajian yang dijalankan mendapati terdapat potensi besar pasaran produk barangan kesihatan yang berasaskan tumbuh-tumbuhan dan herba.
"Perangkaan pada 1998 mendapati produk barangan berasaskan tumbuh-tumbuhan dan herba dianggarkan bernilai RM1.2 bilion."
"Pasaran untuk produk barangan ini meningkat antara 15 hingga 20 peratus setahun,'' katanya dalam satu pertemuan di pejabatnya di sini baru-baru ini.
Walau bagaimanapun, beliau menambah, usaha mengeksploitasikan sumber berkenaan sedang berjalan, tetapi secara kecil-kecilan dan hanya melibatkan sektor luar bandar sahaja. Ini terbukti apabila, katanya, import Malaysia di dalam produk-produk herba dari luar negara telah menurun berbanding tahun-tahun lalu. Penurunan ini juga katanya, disusuli dengan penambahan eksport barangan herba keluaran Malaysia ke luar negara yang begitu menggalakkan.
Menurutnya, kajian dan penyelidikan yang dijalankan serta usaha penanaman herba secara kecil-kecilan oleh masyarakat luar bandar turut mempengaruhi keadaan ini. Katanya, selain itu, kebelakangan ini meningkatnya tahap kesedaran di kalangan masyarakat dunia tentang kebaikan menggunakan produk kesihatan yang barasaskan bahan semula jadi.
Bagaimanapun, pengeksplotasian tidak terancang sesetengah spesies tumbuh-tumbuhan dan herba mengakibatkan ada sesetengah tanaman kini diambang kepupusan. "FRIM mendapati penawaran tumbuh-tumbuhan yang dikenali ramai sebagai tongkat ali tidak mencukupi untuk menampung permintaan.". "Banyak kawasan di Malaysia yang dahulunya kaya dengan sumber-sumber bahan mentah tongkat ali sudah tiada,'' katanya lagi.
Abdul Razak menambah, kajian yang dibuat oleh FRIM baru-baru ini mendapati, kawasan pendebungaan yang kurang bahan mentah berkenaan adalah dalam nisbah 5:1.
Katanya, sesetengah daripada kawasan pendebungaan di Langkawi yang dahulunya memiliki banyak sumber bahan itu kini telah hampir pupus.
Antara faktor yang dikenal pasti menyumbang kepada permasalahan ini, ujarnya, ialah kerja-kerja mencari tumbuhan herba berkenaan secara buruan oleh segelintir orang.
Masalah ini, kata Abdul Razak dikeruhkan lagi dengan kekurangan kawasan tanah penanaman bahan mentah tersebut yang kini di tahap kritikal.
Menurut beliau, sekurang-kurangnya 404 hektar tanah subur dan sesuai untuk penanaman bahan mentah herba berkenaan diperlukan bagi menampung permintaan terhadap industri itu.
Justeru, katanya, FRIM sangat menggalakkan mana-mana pihak yang belum atau sudah terlibat supaya memulakan penanaman sendiri tanaman berkenaan.
Galakan oleh FRIM ini, ujarnya, adalah menerusi penawaran anak benih tongkat ali pada kadar yang lebih murah dari harga pasaran.
Kata beliau, penanaman tongkat ali adalah mudah kerana ketahanannya dan kesesuaiannya untuk di tanam bersama tanaman yang lain atau di antara mereka.
"Tongkat ali ini mudah kerana petani boleh juga menanam mereka bersama tanaman lain seperti serai atau di bawah pokok getah,'' katanya.
Dalam keadaan genting seperti sekarang, ujarnya, penanaman tongkat ali perlu dimulakan seberapa segera kerana tempoh matangnya mengambil masa lima tahun.
Selain itu, ujar Abdul Razak, FRIM juga mempunyai beberapa projek tanaman beberapa jenis bahan mentah yang lain termasuk tongkat ali serta akan membuka kilang memproses herba tidak lama lagi.

Wednesday, May 21, 2008

Menceburi bidang pertanian

Cara-cara Menceburi Bidang Pertanian
Saya student diploma di KPTM, dalam bisnes management. Insyaallah bulan Jun nanti saya konvo. Saya minat bidang agrotek..tapi tak tau apa-apa. Dari mana nak mula? Dan bidang mana yang sesuai untuk budak baru macam saya?
Bro Kamal:
Tentang pertanyaan Cik Fadilah, bagi Bro, menceburi bidang pertanian ini tiadanya misteri, ianya sepertimana menceburi bidang-bidang yang lain.

Kita boleh mulakan dengan pekerjaan ataupun terus memulakan biznes. Bagaimanapun, ini pendapat Bro:

mulakan dengan pekerjaan:
mula dengan bekerja di syarikat atau agensi yang terlibat di dalam bidang tersebut; sebagai contoh, untuk ceburi bidang tani sertai agensi seperti jabatan pertanian, untuk ceburi bidang ternakan sertai jabatan penternakan, dan sebagainya. Tidak semestinya perlu jadi veterinar, jika kita terlibat bahagian akaun ataupun pentadbiran, akan ada peluang untuk belajar aspek-aspek pertanian ataupun penternakan; Tak pun bekerja dengan ladang-ladang yang sedia ada. Ini adalah atas initiatif kita sendiri.

mulakan dengan biznes:
buat penyelidikan, dapatkan latihan kursus seperti, jika nak buat biznes kambing, dapatkan kursus latihan ternakan kambing, kursus perniagaan, kursus pemasaran; minta le jadi "kuli" di ladang-ladang kambing yang sedia ada untuk mendapatkan physical & practical exposure; ye lah, kena le tau bau kambing macamana, macamana nak bagi kambing makan, fahami kerja-kerja yang perlu dilakukan. Nanti kita asyik harapkan pekerja, pekerja pula senang-senang tipu bos, bos pula tak perasan! Buat anggaran kos dan capital requirement, cari modal, dan sebagainya.

Ringkasannya, yang perlu kita lakukan ialah selidiki bidang tersebut, fahami aspek pentadbiran, capital requirement, pasaran dan pemasaran, permintaan, keuntungan serta riziko bidang tersebut. Lagi satu, teruskan pembelajaran kita untuk perkembangan ilmu.

Harap cerita di atas membantu Cik Fadilah dalam career planning and menyelidiki what's the next step.