VIDEOKU


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Sunday, July 27, 2008

LANDSKAP



































Elemen Reka Bentuk Landskap

a. Garisan

· asas kepada sesuatu reka bentuk

· terbahagi kepada dua:

- garisan nyata (seperti garisan pokok pagaran, pokok tepi-tepian)

- garisan tidak nyata (seperti barisan pokok-pokok)

· digunakan untuk menghasilkan kesan seperti:

- mengarah pandangan

- mempercepat atau melambatkan pergerakan

· boleh diwujudkan melalui penggunaan:

- aturan penanaman

- tebing-tebing

- tepi-tepian (border)

- batang dan dahan pokok

· garisan lurus memberikan suasana formal

· garisan melengkok atau beralun lebih berbentuk semula jadi, tak formal dan suasana kelembutan

b. Bentuk

· terdiri daripada dua jenis:

- bentuk 2-dimensi - rupa (shape)

- bentuk 3-dimensi - bentuk (form)

· memerlukan ruang

- bentuk lonjong perlukan ruang yang lebih sempit berbanding dengan bentuk bulat

· diperolehi dari bentuk semula jadi tumbuhan atau buatan (seperti bentuk geometri hasil dari pemangkasan)

· memberi kesan kepada pandangan

- meningkatkan ketinggian (menegak) seperti bentuk lonjong

- merendahkan ketinggian (mendatar) seperti bentuk bulat

· menarik perhatian seperti bentuk liar atau unik

· memecahkan kesinambungan seperti menjalar atau lampai

c. Warna

· terbahagi kepada tiga jenis:

- warna asas (primer) - biru, merah, kuning

- warna sekunder - hasil campuran dua warna primer iaitu

§ hijau (biru+kuning)

§ ungu (biru+merah)

§ jingga (merah+ kuning)

- warna tertier - hasil campuran warna primer dan warna sekunder

· dua cara olahan/penggunaan warna:

- warna asas atau warna latar belakang

- warna tumpuan

· dipengaruhi oleh:

- cahaya

- jarak pemerhati

- kesuburan tumbuhan

· memberikan kesan seperti:

- menarik perhatian

- mengarah pandangan

- menentukan saiz ruang pandangan

- menentukan mood sesuatu tempat

· warna yang terlalu banyak menimbulkan kesan pandangan yang kelam-kabut

· warna daun, bunga, batang dan buah perlu diambil kira semasa mereka bentuk

d. Tekstur

· Merujuk kepada kualiti sesuatu permukaan

- kesan pandangan (mewujudkan tekstur pandang)

- kesan sentuhan (mewujudkan tekstur sentuh)

· tekstur pandang:

- lebih penting dalam sesuatu landskap

- bergantung kepada:

- saiz, bentuk, bilangan dan susunan daun

- keadaan cahaya

- jarak pemerhati

- musim

· tekstur tumbuhan terbahagi kepada:

- kasar

- sederhana

- halus

- memberikan kesan seperti:

§ mengecil atau meluaskan ruang

§ mewujudkan penumpuan

§ mendekat atau menjauhkan pandangan

§ mengarahkan pandangan

Prinsip-prinsip Reka Bentuk Landskap

Kecantikan sesuatu landskap akan terserlah jika prinsip-prinsip reka bentuk diberi perhatian. Prinsip-prinsip ini merupakan garis panduan menyusun tumbuh-tumbuhan untuk menghasilkan satu reka bentuk penanaman yang menarik. Aplikasi prinsip-prinsip ini berbeza-beza mengikut imaginasi dan sensiviti pereka.

a. Pembentukan Ruang

Tumbuhan mempengaruhi suasana luaran alam sekitar. Tanaman digunakan untuk menghasilkan pelbagai jenis dan bentuk ruang. Antaranya ialah ruang berciri ‘Iantai’, ‘dinding’ dan ‘lelangit’. Lima jenis ruang dapat dibentuk menggunakan tumbuhan berasaskan ciri ‘Iantai’, ‘dinding’ dan ‘lelangit’:

· Ruang Terbuka

- menggunakan pokok renek rendah dan penutup bumi

- mewujudkan suasana lapang dari semua sudut

- ruang kelihatan terbuka dan terdedah kepada sinaran matahari dan kurang memberi unsur-unsur pengasingan (‘privacy’)

· Ruang Separuh Terbuka

- menghalang dan mengarah penglihatan

- dihasilkan dengan kombinasi pokok renek berbeza ketinggian bagi menutup sesuatu pemandangan tetapi membiarkan penglihatan dari arah lain

- kawasan kediaman biasanya memerlukan keadaan ruang yang sedemikian

· Ruang Teduhan Lelangit

- pokok-pokok bensilara lebat yang ditanam rapat boleh menghalang penglihatan ke atas tetapi tidak menghalang pengerakan

- biasanya sejuk, tenang dan teduh

- kawasan yang luas biasanya diperlukan untuk mewujudkan ruang seperti ini

- kesan ‘terowong’ boleh dihasilkan jika pokok ditanam di kiri kanan jalan

· Ruang Teduhan Terkepung

- seperti ruang ‘lelangit’ tetapi mempunyai bahagian tepi yang dikepung oleh pokok-pokok renek

- biasanya terdapat di kawasan hutan

- ianya gelap, sunyi dan terasing

· Ruang Menegak

- tumbuhan yang tinggi dan tirus dapat menghasilkan ruang menegak dan terbuka ke langit

- bahagian tepi ruang boleh tertutup atau terbuka bergantung kepada tahap ruang menegak yang dikehendaki

b. Keringkasan dan kesatuan (Simplicity & unity)

Sesuatu susunan hendaklah ringkas dan mudah. Ini merupakan prinsip yang sangat penting kepada keseluruhan reka bentuk yang bersatu. Penggunaan prinsip ini menyebabkan sesuatu reka bentuk itu difahami dan dihayati oleh orang yang melihatnya.

Prinsip kesatuan merujuk kepada hubungan objek-objek yang disusun secara harmonis supaya setiap komponen dilihat sebagai sebahagian daripada satu `jasad'.

Prinsip keringkasan boleh dipenuhi dengan:

· menggunakan tumbuhan yang perlu sahaja, susunan kelihatan kucar-kacir dan tidak elok dipandang jika terlalu banyak elemen atau ciri-ciri tumbuhan digunakan

· mengulangi penggunaan sesuatu tumbuh-tumbuhan dalam reka bentuk yang hendak dihasilkan

· mengurangkan jenis objek yang perlu difokuskan dalam suatu pandangan

· menggunakan garisan sempadan lurus atau beralun ringkas

·

Prinsip kesatuan boleh dicapai dengan:

· mengelompokkan jenis tumbuh-tumbuhan atau warna dalam satu kumpulan supaya ianya kelihatan sebagai satu unit; menjarakkan sesuatu tumbuhan, warna atau objek akan memperlihatkannya sebagai komponen yang terasing

· menggunakan tekstur, bentuk atau warna tumbuhan yang sama dalam bentuk ulangan dan perubahan yang ketara dari satu kelompok kepada kelompok yang lain

· menggunakan objek yang mempunyai pertalian yang logikal; struktur ikan duyung di tengah kawasan rumput halaman kelihatan ganjil jika dibandingkan dengan kedudukannya di dalam sebuah kolam.

·

c. Keseimbangan (Balance)

Bayangkan satu garisan pemisah di tengah-tengah suatu landskap. Landskap itu dikatakan seimbang jika susunannya mempunyai `berat pandangan' yang sama atau serupa di sebelah kiri dan kanan.

Keseimbangan terbahagi dua:

· keseimbangan simetri:

- bentuk, saiz, warna, tekstur atau ketinggian bahagian kiri benar-benar serupa dengan bahagian kanan.

- keseimbangan ini memberikan landskap berbentuk formal

· keseimbangan asimetri:

- bahagian kiri dan kanan landskap tidak serupa dari segi bentuk, saiz, warna, tekstur atau ketinggian tetapi dari segi pandangan ianya masih seimbang

- keseimbangan ini menghasilkan landskap tidak formal. Kini keseimbangan asimetri lebih popular kerana ia mirip kepada keadaan semula jadi.

-

d. Penumpuan (Emphasis/Focalization)

Merujuk kepada komponen yang dapat menarik perhatian atau pandangan. Penggunaan komponen ini menyebabkan pandangan pemerhati akan tertumpu ke bahagian tersebut sebelum beralih pandangan ke bahagian-bahagian lain. Penumpuan menjadi bahagian yang paling utama dalam sesuatu pemandangan. Elemen-elemen lain seharusnya menjadi pelengkap kepadanya dan tidak bersaing untuk mendapatkan perhatian. Ianya boleh diwujudkan dengan menggunakan ciri yang sangat berbeza atau menarik dari yang lain. Bahan yang boleh digunakan adalah seperti tumbuhan dengan ciri yang amat menarik, tugu, kolam, kelompok bunga-bungaan dan sebagainya.

Apabila penumpuan telah dibentuk, semua garisan batas dan susunan tumbuh-tumbuhan hendaklah direka supaya ianya dapat memandu pandangan pemerhati ke arahnya.

e. Turutan (Sequence/Rhythm)

Turutan ialah perubahan dalam sesuatu ciri yang dilakukan secara beransur-ansur atau berperingkat-peringkat, contohnya perubahan ketinggian tumbuhan - tinggi, sederhana dan rendah.

Prinsip ini mmenghasilkan kesatuan kepada sesuatu reka bentuk landskap. Kesinambungan di antara kawasan-kawasan dalam suatu landskap juga dapat dicapai melalui prinsip ini.

Salah satu cara untuk mewujudkan kesinambungan ini ialah dengan mengulangi bentuk, warna, sudut, garisan atau elemen-elemen lain di kawasan-kawasan yang berlainan. Walaupun begitu, ulangan yang seragam dalam keseluruhan landskap akan mewujudkan keadaan yang menjemukan.

f. Skala dan nisbah (Scale & proportion)

Skala dan nisbah merujuk kepada pertalian relatif di antara saiz unsur-unsur yang digunakan. Ia memberi-kan satu perasaan besar atau kecilnya sesuatu ruang. Contohnya penanaman pokok bunga tanjung di halaman sebuah rumah teres menyebabkan kawasan tersebut kelihatan kecil. Tumbuhan yang berdaun besar ditanam dalam satu kawasan kecil akan menghasilkan kesan pandangan yang sempit. Sebaliknya, penggunaan tumbuhan kecil dan berdaun halus akan memberi gambaran satu ruang yang besar.


No comments: