VIDEOKU


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Saturday, April 25, 2009

Roselle

Pagi tadi selepas selesai aktiviti kokurikulum, anak aku tertarik melihat buah roselle yang mekar membesar di tepi kaki lima bengkel KH...Lantas aku memetik buah roselle yang agak berwarna merah kehitaman untuk ku berikan batrisyia merasanya...pertama kali aku melihat biji bunga roselle yang terlindung oleh kaliks-kaliksnya (kelopak)...Aku memetik lagi 5 kuntum bunganya untuk dibuat jus nanti...


Orang tempatan kita mengelarnya asam raya atau asam susur. Terdiri dari keluarga Malvacea. Tumbuhan berbunga merah dengan nama saintifik Hibiscus sabdariffa L.dipercayai berasal dari Afrika Barat tetapi ada yang mendakwa ia berasal dari India.


Ia mengandungi kandungan vitamin C( asid askorbik ) yang tinggi iaitu sebanyak 260-280 miligram(mg) bagi setiap 100gram(g) kaliks kering.

Selain itu,setiap 100g kaliks segar mengandungi 2.85 ug vitamin D, 0.04 mg vitamin B1, 0.06 vitamin B2 dan 0.05 mg vitamin B2 kompleks.

Pokok mula berbunga pada pada usia 45 hingga 60 hari selepas ditanam dan sekuntum bunga akan keluar pada setiap ketiak daun.

Buah roselle berwarna merah gelap dan akan matang pada umur 35 hari selepas bunga kembang.

Setiap buah akan mengandungi lima kaliks dan bercantum bersama di bahagian bawah bunga.

Roselle hidup subur di tanah mineral dan tanah bris dan penanaman di tanah bris memerlukan pengairan dan pembajaan yang baik.

1 comment:

inang said...

mcm mn nak tanam?
gune keratan batang ek? ke biji benih?